Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
175) PROGRAM PEMBANGUNAN ANAK MUDA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan bersedia menyediakan tempat perniagaan untuk golongan usahawan anak muda, terutamanya di DUN Teratai?
Kerajaan mengambil maklum berkenaan dengan bantuan perniagaan kepada anak muda dalam usaha untuk membantu mereka menceburi diri dalam bidang keusahawanan. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah menyediakan kemudahan penyediaan sewaan premis perniagaan kepada golongan usahawan seperti di Uptown Shah Alam dan Pasar Seri. Seterusnya, kerajaan juga turut menyediakan Kursus Keusahawanan kepada mereka bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka untuk menceburi dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri turut menyediakan pinjaman daripada Skimsel dan Mimbar bagi memulakan perniagaan.
-
Bilakah Kerajaan dapat menyediakan dataran anak muda di DUN Teratai?
Sama seperti di SUB(a)
-
Adakah Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan yang mencukupi untuk program pembangunan anak muda?
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta dari jumlah Rizab Negeri bagi projek pembangunan usahawan dan pemerkasaan belia. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan telah merancang untuk mengadakan program dengan kerjasama daripada Inpens dan Jabatanjabatan Kerajaan dan NGO seperti mewujudkan Yayasan BES, Programprogram kemahiran dan teknikal, Program-program keusahawanan dan Program Pemerkasaan Belia. Program-program tersebut bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan anak muda untuk menceburi diri dalam bidang keusahawanan, kepimpinan dan kemahiran dalam usaha untuk melahirkan generasi yang berpendidikan dan berpengetahuan.