Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
213) PROGRAM PEMASANGAN LAMPU SOLAR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah ada tambahan bagi program pemasangan lampu solar?
Program pemasangan lampu solar ini dirancang untuk menerima peruntukan tambahan bagi memastikan pelaksanaannya lebih efisien dan melibatkan lebih banyak komuniti. Peruntukan tersebut juga dijangka digunakan untuk memperluaskan kawasan pemasangan lampu solar di lokasi-lokasi strategik yang memerlukan pencahayaan.
Pada tahun 2025, Jabatan Kerja Raya Selangor telah memohon sebanyak RM 2 juta di bawah peruntukan Akaun Amanah Kutipan Caj Beg Plastik bagi meneruskan Inisiatif Program Selangor Bercahaya ini, dan kerja-kerja pemasangan lampu solar dijangka akan dilaksanakan setelah peruntukan tersebut diluluskan.