Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
169) PROGRAM PEDULI RAKYAT
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peruntukan kewangan yang telah dibelanjakan untuk penjagaan kesihatan keluarga pendapatan di bawah RM3000.00 ke bawah
Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan Negeri Selangor mempunyai dua program khas kepada keluarga yang berpendapatan di bawah RM3,000.00. Pertama adalah Skim Peduli Sihat yang menanggung kos rawatan di klinik swasta dengan kadar RM500.00 setahun bagi setiap keluarga. Kedua adalah Bantuan Sihat Selangor iaitu menanggung kos perubatan seperti rawatan dialisis, kos pembedahan, pembelian peralatan pembedahan, pembelian kanta mata bagi penyakit katarak, pembelian kaki palsu, pembelian lampin pakai buang serta susu kesihatan.
Sehingga 16 November 2018, sebanyak RM33,064,828.88 telah dibelanjakan bagi menampung kos rawatan bagi Skim Peduli Sihat. Manakala bagi Bantuan Sihat Selangor, sebanyak RM2,3353,143.27 tuntutan bayaran telah disalurkan bagi menampung kos rawatan yang telah diluluskan.
-
Nyatakan jumlah penerima Kad Peduli Rakyat mengikut daerah di Negeri Selangor setakat ini.
Sehingga 16 November 2018, jumlah keseluruhan kad Peduli Sihat adalah sebanyak 364,737 kad yang mana akan memberi manfaat kepada 1,458,948 orang. Jumlah kad peduli sihat mengikut DUN adalah seperti di LAMPIRAN.