Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

187) PROGRAM ÔWORKFAREÕ

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan kerajaan negeri untuk menjadikan program ÔworkfareÕ kenyataan terutamanya untuk meningkatkan pendapatan mereka yang kurang dari RM 1500 sebulan

    Kerajaan Negeri telah membuat satu perubahan besar dalam memastikan bantuan yang disampaikan benar-benar dapat membantu rakyat Selangor mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya melepasi tahap Paras Garis Kemiskinan (PGK) yang telah ditetapkan Kerajaan Negeri Selangor iaitu RM 1500 sebulan .Kerajaan Negeri Selangor akan menyatukan dan mengintegrasikan data-data setiap agensi kerajaan yang memberikan bantuan kepada rakyat Selangor ke dalam satu pengkalan data pusat. Profil-profil penerima bantuan ini akan diasingkan kepada dua kategori. Kategori yang layak menerima bantuan kebajikan seperti sekarang dan kategori yang boleh berdikari yang akan dibantu di bawah dasar “workfare” untuk dibantu dengan memberi peluang pekerjaan yang lebih baik atau menyertai program-program yang dirangka di bawah dasar “Workfare”. Program terkini yang sedang dijalankan Kerajaan Negeri Selangor ialah Mikrokredit Miskin Bandar (MIMBAR) yang telah bermula pada September yang lalu dan Kerajaan Negeri Selangor telah menemu duga dan mengenal pasti 33 orang yang berpotensi yang mana profil mereka diambil daripada data-data kebajikan sedia ada. MIMBAR memberikan peluang untuk penerima bantuan kebajikan sedia ada menjadi usahawan atau mereka boleh juga memilih sama ada ingin mengikuti latihan industri bagi menambahkan nilai pasaran mereka di dalam pasaran pekerjaan.

  2. Apakah usaha-usaha yang telah dilakukan dalam membina satu pangkalan data golongan pendapatan rendah, fakir miskin secara bersepadu.

    Sistem pengkalan data pusat menjadi ciri penting di dalam usaha memberikan bantuan berpendapatan kepada rakyat miskin di Selangor ini. Ini adalah kerana data-data bantuan ini bertaburan di setiap agensi kerajaan dan ianya tidak diselaraskan. Ini mengakibatkan jumlah sebenar rakyat Selangor yang berada di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) tidak dapat dikenalpasti. Agensi-agensi Kerajaan yang memberikan bantuan kepada rakyat Selangor telah dikenalpasti. Data-data daripada setiap agensiagensi kerajaan ini dikumpulkan dan disatukan di bawah satu sistem pangkalan data. Agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan diminta untuk memberikan kerjasama dalam usaha mengumpulkan dan menyatukan kesemua data-data daripada agensi-agensi yang berkaitan. Pengkalan data ini akan memprofilkan data-data tersebut dan memberikan cadangan bantuan kebajikan yang bersesuaian berdasarkan potensi diri mereka. Data-data ini akan dapat diakses oleh semua agensi yang terlibat dan ini akan mengurangkan isu penerima bantuan kebajikan menerima lebih daripada satu bantuan kebajikan daripada pelbagai agensi kerajaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.