Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
121) PROGRAM ÔNO PLASTIC BAG EVERY SATURDAYÕ
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah syarikat dan korporat yang menyertai program ini?
- Selepas 3 bulan kempen ini dijalankan, sebanyak 54 pasar raya di seluruh Negeri Selangor telah menandatangani deklarasi dengan kerajaan Negeri untuk menyertai kempen ini.
-
Berapakah korporat yang tarik diri selepas program ini bermula. Mengapa?
- Setakat ini, tiada syarikat atau pengusaha pasar raya yang menaik diri selepas kempen ini dilancarkan.
-
Siapakah yang sepatutnya memantau program ini dan apakah sasaran yang kerajaan ingin capai dan cara-cara mencapai sasaran?
- Kerajaan negeri akan memantau kempen ini bersama-sama dengan bantuan daripada pengusaha-pengusaha pasar raya dan juga pihak berkuasa tempatan. Kerajaan negeri juga mensasarkan sebanyak 20% penggunaan beg plastik dapat dikurangkan pada setiap hari Sabtu. Selain itu, kerajaan negeri juga turut mensasarkan penambahan bilangan pengusaha yang menandatangani deklarasi bertambah dari masa ke
Kerajaan negeri telah menjalankan beberapa langkah yang dirasakan sesuai bagi mencapai sasaran serta objektif kempen ini. Antaranya dengan pengiklanan di laman web Ngeri Selangor, bunting dan banner yang di pasang di kawasan sekitar Negeri Selangor, serta risalah dan poster berkenaan kempen juga turut diedarkan. Selain itu, kerajaan negeri juga turut menjalankan program turun padang pada hari Sabtu ke pasaraya–pasaraya yang terpilih sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan lagi komitmen semua pihak yang terlibat bagi menjayakan kempen ini.