Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

89) PROGRAM NADI HIJRAH

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah pemohon Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) pada tahun 2022 mengikut DUN? Apakah jenis perniagaan yang utama antara pemohon-pemohon?

    Pemohon Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) pada tahun 2022 mengikut DUN adalah seperti berikut:

     

     

    Jenis perniagaan utama antara pemohon-pemohon tersebut adalah Aktiviti Perniagaan Pemakanan.

  2. Berapakah jumlah peruntukan yang dibelanjakan?

    Jumlah peruntukan yang telah dikeluarkan untuk pinjaman Skim NaDI adalah sebanyak RM 2,834,000.00

  3. Apakah mekanisme "follow-up" dengan penerima biayaan untuk memastikan mereka berjaya atau dapat memperkembangkan perniagaan mereka?

    Antara mekanisme “follow-up” dengan peminjam Skim NaDI untuk memastikan mereka berjaya atau dapat memperkembangkan perniagaan mereka adalah:

     

    • Melalui Unit Pembangunan Usahawan, Yayasan Hijrah Selangor menawarkan kursus dan latihan usahawan yang bersesuaian kepada mereka dalam memantapkan lagi ilmu berkaitan perniagaan serta memberi pendedahan terkini untuk meluaskan dan memajukan peniagaan mereka.

     

    • Yayasan Hijrah Selangor juga turut bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui Pegawai Pembangunan Usahawan mereka dalam mencari peluang tapak berniaga untuk ditawarkan kepada usahawan Skim NaDI.

     

    • Melalui Unit Promosi, Yayasan Hijrah Selangor dapat membantu membuat hebahan serta mempromosikan produk-produk usahawan melalui paltform media sosial seperti “facebook”, “instagram” dan juga laman sesawang Hijrah Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.