Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012
196) PROGRAM MYSEL
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa ramaikah yang telah menikmati faedah daripada Program MySel yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor?
Sehingga Disember 2011 seramai 352 orang telah menerima perkhidmatan atau bantuan yang ditawarkan oleh Mysel iaitu bagi permohonan:
- Permohonan Kerakyatan
- Permohonan Sijil Kelahiran
- Permohonan Kad Pengenalan (Mykad)
-
Berapa ramaikah yang telah memperolehi sijil kelahiran, Mykad dan taraf kewarganegaraan melalui Program MySel ini?
Berikut ini merupakan pecahan kepada penerima bantuan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh Mysel dan mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sehingga Disember 2011:
BIL JENIS BANTUAN/ PERKHIDMATAN
JUMLAH PENERIMA (ORANG)
1. Permohonan Kerakyatan (Red I.C) 5 2. Permohonan Sijil Kelahiran 17 3. Permohonan kad pengenalan (Mykad) 16 Jumlah keseluruhan 38 -
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk membuka cawangan Perkhidmatan MySel di Seluruh Negeri Selangor pada masa hadapan?
Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk menambah cawangan bagi Pusat Perkhidmatan Mysel ke seluruh Negeri Selangor buat masa ini memandangkan permohonan yang diterima setiap bulan boleh ditangani oleh Pusat Perkhidmatan Mysel sedia ada.