Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

44) PROGRAM MIMBAR

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peminjam skim ini bagi seluruh Selangor dan huraikan jumlah peminjam bagi setiap daerah.

    Program Mikro kredit Miskin Bandar atau lebih dikenali sebagai MiMBAR Selangor ini merupakan satu program mikro kredit yang disambut oleh masyarakat bandar di Selangor. Ini kerana MiMBAR Selangor menyediakan perkhidmatan pinjaman perniagaan tanpa dikenakan caj faedah yang meringankan bebanan peniaga kecil dalam membuat bayaran pulangan pinjaman selama 18 bulan. Jumlah pinjaman yang bermula dari RM1,000 hingga RM5,000 ini amat membantu mereka yang benar-benar memerlukan pinjaman tambahan perniagaan kecil-kecilan.

     

    Sehingga Oktober 2013, jumlah peminjam yang diluluskan adalah seramai 5,731 orang di bandar-bandar Selangor yang terdiri dari lapan (8) kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor. Jumlah pembiayaan yang telah diluluskan pula adalah sebanyak RM11,460,200.00 bagi semua program MiMBAR Selangor iaitu Program Mikro kredit, Program Bantuan Produk, dan Program Bantuan Kerja yang meliputi pinjaman pusingan pertama dan kedua. Pinjaman pusingan kedua diberikan kepada peserta pusingan pertama yang masih lagi memerlukan pinjaman tambahan untuk perniagaan mereka dengan rekod pembayaran pusingan pertama yang cemerlang.

     

    Jadual bilangan peserta dan jumlah pembiayaan mengikut kawasan PBT:

     

    BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN BILANGAN PESERTA (ORANG) JUMLAH PEMBIAYAAN (RM)
    i. Majlis Perbandaran Klang 1,454 2,815,500
    ii. Majlis                            Perbandaran Selayang 1,052 2,248,500
    iii. Majlis Bandaraya Petaling

    Jaya

    903 1,758,000
    iv. Majlis Perbandaran Ampang Jaya 644 1,331,200

     

    BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN BILANGAN PESERTA (ORANG) JUMLAH PEMBIAYAAN (RM)
    v. Majlis      Bandaraya                Shah Alam 589 1,180,000
    vi. Majlis Perbandaran Kajang 577 1,113,500
    vii. Majlis Perbandaran Subang Jaya 357 688,000
    viii. Majlis Perbandaran Sepang 155 325,500

     

    MiMBAR Selangor amat berharap dengan bantuan pinjaman berterusan ini dapat membantu sekumpulan kecil peserta yang begitu komited dan berusaha ke tahap yang lebih tinggi sebagai perantis kecil dan sederhana sehingga mereka tidak lagi memerlukan pinjaman kecil sebegini untuk menyara perbelanjaan perniagaan mereka.

     

    Jadual bilangan peserta dan jumlah pembiayaan mengikut pusingan pembiayaan:

     

    PUSINGAN PESERTA (ORANG) PEMBIAYAAN (RM)
    Pertama 5,582 10,846,200
    Kedua 149 614,000
    JUMLAH 5,731 11,460,200

     

    Jadual bilangan peserta mengikut program:

     

     

    PERMOHONAN BERJAYA

     

    5,731 orang

    PROGRAM BILANGAN PESERTA
    Mikro kredit 5,566 orang
    Kiosk 126 orang
    Pakej MiMBAR Kleaner 39 orang

     

     

  2. Apakah langkah kerajaan bagi mendapatkan semula hutang dari mereka yang ingkar membayar semula pinjaman

    MiMBAR Selangor memberikan tempoh pembayaran balik selama 18 bulan. Di sepanjang tempoh itu, MiMBAR Selangor akan sentiasa membuat pemantauan terhadap peserta melalui rekod pembayaran balik mereka. Pelbagai langkah dilakukan bagi memastikan peminjam tidak lari dari tanggungjawab mereka dalam melunaskan pinjaman yang

     

    Antara langkah yang diambil oleh MiMBAR Selangor adalah:

     

    1. Pemantauan dan kutipan

    Pemantauan terhadap peserta dibahagikan mengikut zon kawasan bagi setiap pegawai. Setiap peserta yang telah diluluskan pinjamannya akan dipantau dari segi perniagaan yang dijalankan dan corak bayaran balik mereka. Peserta yang kurang berdisiplin dalam  pembayaran balik melalui potongan bank akan didekati dengan kaedah pembayaran secara manual iaitu melalui pegawai kutipan. Kaedah ini akan disesuaikan mengikut masa dan kemampuan peserta yang menjadikan

     

    peserta kurang rasa terikat dan tidak perlu untuk ke bank setiap bulan. Terdapat juga peserta yang suka untuk membuat bayaran di pejabat kerana dengan cara ini mereka lebih berpeluang dan cepat  mengetahui informasi dan program terkini yang disediakan oleh MiMBAR Selangor mahupun kerajaan negeri.

     

    1. Operasi turun padang

    Pada setiap bulan, MiMBAR Selangor akan mengkaji corak bayaran balik peserta sama ada melalui bank mahupun manual. Apabila melihatkan corak ini berubah dengan drastik pada satu-satu masa atau bukan bermusim, operasi turun padang besar-besaran akan dilakukan oleh semua kakitangan. Pada ketika ini, MiMBAR Selangor akan memberi lebih perhatian kepada mereka yang liat, bermasalah dan tegar dalam membuat pembayaran. Peserta akan diingatkan tentang baki pinjaman dan keperluan mereka untuk melunaskan pinjaman sebagai tanggungjawab kendiri. Pada masa ini juga,  bagi  peserta yang benar-benar mengalami maslah yang kritikal, boleh berbincang dengan pegawai operasi sama ada untuk membuat penangguhan bayaran atau menjadual semula pembayaran mereka.

     

    • Surat peringatan

    Langkah yang lebih tegas akan dikeluarkan oleh MiMBAR Selangor terhadap mereka yang tegar dan tidak mengendahkan bayaran balik pinjaman. Surat peringatan akan dikeluarkan dan ditinggalkan di premis atau kediaman mereka sekiranya mereka sukar dihubungi dan diajak berjumpa. Surat peringatan ini merangkumi jumlah pinjaman yang telah dibiayai, jumlah yang perlu dilunaskan setiap bulan dan baki bayaran. Surat peringatan ini biasanya adalah untuk mereka yang benar-benar bermasalah.

     

    1. Kerjasama ketua masyarakat

    MiMBAR Selangor juga menggunakan pendekatan yang lebih dekat dengan masyarakat iaitu dengan melakukan perbincangan dan membawa serta ketua-ketua masyarakat di setiap kawasan seperti pengerusi penduduk, qariah masjid, Ahli Dewan Undangan Negeri dan pihak lain yang lebih dekat dengan masyarakat setempat mereka. Kaedah diguna pakai supaya dapat mengenal pasti masyarakat setempat yang bermasalah dan meminta bantuan mereka untuk mendekati dan berbincang dengan peserta yang bermasalah agar dapat melunaskan pinjaman mereka.

     

    1. Kempen bayaran balik

    Kempen bayaran balik turut giat dijalankan bagi memberi kesedaran kepada peminjam. Kempen ini dilakukan dengan pelbagai kaedah di serata kawasan.

     

    1. Penjadualan semula

    Bagi peserta yang benar-benar mengalami masalah berat, mereka boleh berbincang untuk membuat penjadualan semula bayaran balik mengikut kepada kemampuan mereka sehingga stabil semula.

     

    Penjadualan semula ini dibenarkan setelah dikenal pasti permasalahan yang dihadapi peserta.

Lampiran

Tiada Lampiran.