Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011
81) PROGRAM MIKROKREDIT LUAR BANDAR (SKIMSEL)
Tahun: 2011
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan terbaru program ini dan beri statistik pinjam yang telah diberi mengikut daerah dan etnik?
- Kemajuan program adalah menggalakkan seperti jadual di bawah ini. Bayaran balik masih mengekalkan 100%.
Bil. Cawangan SKIMSEL Peserta (Sadiq) Pecahan Kaum Melayu Cina India Lain-lain 1. Sabak Bernam 510 507 – 3 – 2. Kuala Selangor 240 234 3 3 – 3. Hulu Selangor 210 192 15 3 – 4. Hulu Langat 120 120 – – – 5. Kuala Langat 135 132 – 3 – 6. Sepang 50 50 – – – Jumlah 1,265 1,235 18 12 – * Data sehingga 4hb Mac 2011
-
Berapa banyak kos pentadbiran yang diperlukan untuk menjalankan program ini serta berikan peratusan pembayaran baliknya.
- Berdasarkan Bajet 2011 yang telah dibentangkan kepada Lembaga Pemegang Amanah SKIMSEL pada 21 Januari 2011, kos operasi tahun 2011 ialah sebanyak 4.5 juta. Manakala pendapatan dari caj perkhidmatan dijangka 2.5 juta. Pendapatan daripada caj perkhidmatan akan bertambah setiap tahun dan mengikut perancangan pada tahun 2014 operasi SKIMSEL akan mencapai break-even