Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

49) PROGRAM MES

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah pecahan peratusan penerima manfaat program MES mengikut umur (kanak-kanak, anak muda, dewasa, warga emas)

    Program MES yang dilaksanakan adalah berdasarkan golongan sasaran yang berbeza dan Kerajaan Negeri juga menyediakan portal khas iaitu mes.selangor.gov.my yang mengandungi butiran lengkap seperti yang dikehendaki dan dikemaskini oleh agensi pengendali setiap program MES program. Maklumat pecahan peratusan penerima manfaat bagi program MES yang berkaitan adalah seperti di Lampiran A.

  2. Sila kemukakan senarai terkini jumlah perbelanjaan untuk setiap skim MES yang dilaksanakan.

    Jumlah penerima manfaat dan perbelanjaan MES adalah berjumlah 1,819,007 orang penerima dengan perbelanjaan sebanyak RM1,116,443,200.14. Senarai terkini jumlah perbelanjaan untuk setiap skim MES yang dilaksanakan adalah seperti berikut:

    JUMLAH PENERIMA DAN PERBELANJAAN PROGRAM MES SEHINGGA APRIL 2014

     

     

    BIL.

     

    PROGRAM

    PENERIMA FAEDAH (ORANG)  

    PERBELANJAAN (RM)

    1 Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) 153,176 15,317,600.00
    2 Hadiah Anak Masuk Universiti 39,534 39,534,000.00
    3 Skim Mesra Usia Emas 49,618 120,746,500.00
    4 Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang 5,658 2,647,644.00
    5 Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (M3) Pertama 1,390,579 827,229,374.14
    6 Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) 8,830 66,916,100.00
    7 Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA) 602 294,765.00
    8 Skim Kesihatan Wanita (MammoSEL) 18,551 1,790,860.00
    9 Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) 5,810 11,755,700.00
    10 Insentif Perkahwinan Belia 5,022 1,004,400.00
    11 Pusat Tuisyen Rakyat 25,465 15,475,145.00
    12 Pusat Dialisis Rakyat 109
    13 Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si KEMBAR) 1,085 550,900.00
    14 Skim Bantuan Tadika (TUNAS) 10,629 2,701,312.00
    15 Jom Shopping (Warga emas + ibu tunggal) 104,339 10,433,900.00
    JUMLAH 1,819,007 1,116,443,200.14

     

  3. Sila kemukakan mana-mana program MES yang mempunyai syarat-syarat baru dalam tahun 2013.

    Antara program MES yang dibuat penambahbaikan dengan syarat-syarat baru dalam tahun 2013 adalah:

    1. Program Hadiah Anak Masuk Universiti

    Syarat baru : Pendapatan Isi Rumah Ibu dan Bapa atau penjaga telah dinaikkan daripada RM1,500 kepada RM3,000 dan ke bawah

     

    1. Program MiMBAR

    Syarat-syarat MiMBAR Selangor kebanyakannya tidak banyak berubah dan syarat-syarat baru yang telah dikemaskini adalah seperti berikut:

     

    1. Pendapatan seisi rumah kurang dari:
    2. RM1,500 tanpa anak
    3. RM2,500 berkahwin dengan anak 3 orang atau kurang
    4. RM3,000 berkahwin dengan anak lebih 3 orang
    5. Warganegara Malaysia berusia 21-60 tahun
    6. Warga Selangor/bermastautin lebih 10 tahun (perlu pengesahan)
    7. Memiliki asset tidak lebih RM100,000 dalam segala bentuk
    8. Menetap dan berniaga di Bandar-bandar Negeri Selangor
    9. Sudah memulakan perniagaan dan berpengalaman dalam bidang perniagaan
    10. Wajib mengikuti syarat-syarat program yang ditentukan
    11. Tidak mendapat sebarang bantuan dari Skimsel, AIM, Tekun atau program mikrokredit seumpamanya
    12. Mampu membayar pinjaman dalam tempoh masa yang dipersetujui

     

    Tiada masalah peribadi seperti hutang Ah Long atau kad kredit dan juga tidak disenaraihitamkan atau diisytiharkan muflis.

Lampiran

Tiada Lampiran.