Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

31) PROGRAM MES

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. PTRS, kelewatan bekalan bahan mengajar,bayaran tuntutan elaun guru & petugas. Sebabnya?

    Pada tahun 2014, kaedah pelaksanaan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) telah mengalami beberapa perubahan seperti berikut :

    1. pelaksanaan PTRS kini tidak lagi dilaksanakan melalui konsultan, sebaliknya diurus sendiri oleh penjawat awam. Oleh itu, terdapat beberapa prosedur perlu dikemaskini dan ditambahbaik; dan
    2. kelewatan bahan mengajar atau nota adalah disebabkan oleh perkhidmatan pembekalan nota ini perlu melalui proses sebut harga, tidak seperti tahun-tahun sebelum ini di mana PTRS dilaksanakan secara pakej oleh konsultan termasuk urusan pembekalan nota .
  2. TUNAS, beban tambahan kepada TADIKA kecil atas kelewatan jawapan permohonan dan bayaran baucar. Punca dan penyelesaian?

    Punca kelewatan jawapan permohonan dan bayaran baucar adalah disebabkan oleh perkara berikut :

    1. Pendaftaran dan Permohonan
      • jumlah permohonan yang sangat tinggi iaitu sebanyak 6000 permohonan bermula bulan Januari hingga Februari 2014, menyebabkan tempoh masa yang diambil untuk urusan memproses borang permohonan agak lama. Namun demikian, urusan tersebut telah dapat diselesaikan dalam tempoh tiga (3) minggu selepas tarikh tutup permohonan pada 17 Februari 2014;
      • dokumen permohonan yang dihantar tidak lengkap menyebabkan prosedur tambahan perlu dilaksanakan bagi melengkapkan permohonan;
      • tiada maklumat perhubungan yang lengkap menyebabkan sukar untuk dihubungi oleh pegawai operasi; dan
      • permohonan dihantar lewat oleh pemohon, TADIKA dan pusat khidmat ke bahagian operasi TUNAS.
    2. Kelulusan Bayaran

    – Proses pembayaran perlu melalui pelbagai peringkat yang melibatkan pelbagai pihak iaitu Unit Pendidikan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Seksyen Agihan dan Pembangunan, Unit Perancang Ekonomi  (UPEN) dan Perbendaharaan Negeri.

    • Isu-isu lain
      • Terdapat beberapa TADIKA merayu untuk menangguhkan pemakluman sehingga cek bayaran diterima oleh ibubapa kerana kebanyakan ibubapa mengambil pendekatan untuk tidak membayar yuran terlebih dahulu sekiranya telah maklum bahawa permohonan mereka telah berjaya
      • Terdapat sebahagian Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Negeri yang lewat mengambil & menyerahkan cek kepada TADIKA yang terlibat .

    Beberapa kaedah penyelesaian telah dikenal pasti bagi menyelesaikan isuisu di atas antaranya ialah :

    • mengadakan sesi taklimat berkaitan pendaftaran, kelulusan, pembayaran dan penyampaian manfaat kepada semua Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Negeri dan Pihak yang terlibat;
    • kelulusan dan pemakluman bayaran dibuat dalam 3 fasa iaitu 4 bulan bagi fasa 1 dan 2 dan 3 bulan bagi fasa terakhir atau kelulusan bayaran bagi setiap bulan dibuat terus bagi tempoh setahun iaitu untuk sebelas bulan (11 bulan);
    • Pegawai Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dilantik di setiap Dewan Negeri perlu lebih proaktif dalam melaksanakan program Skim TUNAS ini seperti pelaksanaan Program MES yang lain iaitu Program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang giat dilaksanakan di setiap Dewan Negeri;
    • mengadakan sesi taklimat secara berkala bagi semua penerima di setiap daerah yang akan memohon dan yang telah menerima kelulusan; dan
    • Permohonan yang layak akan diisi terus ke dalam sistem e-tunas oleh pihak TADIKA dan dihantar salinan berserta dokumen ke Pusat Khidmat Masyarakat untuk semakan dan kepada Pejabat RMSB untuk pengesahan serta kelulusan.
  3. Mengapakah bahan promosi dan borang permohonan pihak PKM perlu cetak sendiri?

    Bahan promosi MES masih dicetak di peringkat operasi MES namun Borang Permohonan sahaja yang dikurangkan jumlah cetakan berdasarkan perkara berikut :

    • jumlah borang yang dicetak adalah mengikut peratus sasaran peserta yang akan menerima manfaat berdasarkan peruntukan yang diberikan pada setiap tahun;
    • mengelakkan penyebaran borang tanpa kawalan dan tidak sampai kepada kumpulan sasaran;
    • mengelakkan dan mengurangkan risiko bekalan borang habis di Pusat Khidmat Masyarakat ketika pemohon datang ke pusat khidmat;dan

    memberi pelbagai pilihan kepada pemohon untuk mendapatkan akses permohonan agar tiada isu keciciran dari mendapatkan manfaat MES.

Lampiran

Tiada Lampiran.