Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
40) PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bilakah akan dilaksanakan pemberian bantuan terus kepada warga emas semasa hayat daripada Skim Mesra Usia Emas (SMUE)?
Kerajaan Negeri amat prihatin dan mengambil berat akan kebajikan warga emas di Negeri Selangor. Melalui Program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang telah dilaksanakan semenjak tahun 2008, program ini lebih tertumpu bagi meringankan bebanan waris bagi menguruskan perihal jenazah warga emas selepas kematian mereka. Namun demikian, atas dasar keprihatinan dan kasih sayang Kerajaan Negeri, maka penambahbaikan program sedang dirangka bagi membolehkan warga emas di Negeri Selangor menikmati dan menerima manfaat menerusi program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) semasa ada hayat mereka.
Seperti yang telah dinyatakan pada sesi Sidang Dewan Negeri Selangor sebelum ini, Kerajaan Negeri berhasrat untuk memberikan manfaat RM100.00 sekali untuk 5 kali shopping kepada setiap Ahli SMUE yang berdaftar. Kerajaan Negeri juga berharap ia dapat dilaksanakan pada tahun hadapan setelah perkara-perkara yang berkaitan dapat diselesaikan.
Kerajaan Negeri telah menerima cadangan untuk nilai RM100.00 itu diberikan dalam bentuk program Jom Shopping. Selain dapat mengurangkan tekanan akibat sindrom “empty bird nest”, program ini juga mampu menimbulkan suasana keceriaan, memberikan ruang dan peluang untuk mereka saling berinteraksi, membuat keputusan dan pilihan sendiri untuk memiliki barangan yang dihajati, malahan ia juga dapat mengeratkan hubungan di antara pemimpin dengan rakyat di satu-satu kawasan.
Oleh kerana terdapatnya penambahbaikan dan beberapa pengubahsuaian yang perlu dilakukan termasuk yang melibatkan perkara berkaitan prosedur kewangan, ia tidaklah dapat dilaksanakan pada ketika ini.
Jumlah manfaat yang dicadangkan ini akan diambil daripada jumlah asal wang manfaat SMUE yang berjumlah RM2500.00 yang ketika ini diserahkan dalam dua fasa yang berlainan. Wang tersebut adalah wang yang berada dalam satu tabung amanah yang dikhususkan bagi membayar manfaat berupa khairat kematian apabila ahli SMUE yang berdaftar telah meninggal dunia. Maka apabila ia mahu digunakan bagi tujuan yang lain, sudah tentu sedikit penyesuaian dalam prosedur kewangan perlulah dilakukan.
-
Apakah penambaikan bagi Program Pemeriksaan Mammogram Percuma yang sedia ada?
SEKSYEN SEKTORAL, UPEN
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor Ke 26/2015 yang telah diadakan pada 12 Ogos 2015 telah menimbang dan meluluskan cadangan penambahbaikan Skim Kesihatan Wanita : Pemeriksaan Mammogram Selangor (MAMMOSEL) dan telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ke 27/2015 pada 26 Ogos 2015. Syor penambahbaikan yang telah diluluskan adalah :
- Kos Pemeriksaan Saringan Mammogram
- Penambahbaikan dari segi kos pemeriksaan mammogram yang dahulunya RM90.00 seorang kepada had maksima RM150.00 seorang setelah mengambilkira kenaikan harga pasaran yang mana tiada lagi pembekal perkhidmatan yang dapat menawarkan harga pemeriksaan saringan mammogram serendah RM90.00 dan ianya tidak mengambilkira pelaksanaan GST pada ketika
- Manakala bagi peserta yang perlu kepada pemeriksaan susulan melalui ultrasound atas nasihat doktor yang membuat saringan mammogram tersebut, kos pemeriksaan ultrasound tersebut dicadangkan agar ianya turut diperuntukkan dengan had maksima berjumlah RM100.00 kepada peserta mammogram atas keprihatinan Kerajaan Negeri kepada golongan
- Peluasan Pembekal Perkhidmatan / Service Provider Pemeriksaan Saringan Mammogram
- Terdapat beberapa kekangan pembekal perkhidmatan mammogram sedia ada dalam menyediakan perkhidmatan pemeriksaan saringan mammogram tersebut seperti berikut :
- waktu perkhidmatan yang terhad;
- mengikut jadual service provider yang ditetapkan; dan
- program pemeriksaan mammogram dibatalkan disaat
- Dengan penambahbaikan kadar kos bagi pemeriksaan saringan mammogram ini kepada had maksima RM150.00 seorang, Kerajaan Negeri dapat memperluaskan kemudahan penyediaan perkhidmatan ini kepada golongan wanita dengan menambahkan lagi penyertaan pihak hospital swasta di seluruh Selangor yang dapat menawarkan perkhidmatan mammogram dengan harga tersebut. Perkhidmatan ini tidak lagi tertakluk dan terhad kepada satu service provider Antara hospital yang menawarkan perkhidmatan selaras dengan kadar bayaran yang telah ditentukan adalah :-
- MAKNA
- NCSM
- Columbia Asia
- BP Health Care
- KPJ
- Salam Medical Centre
- DEMC
- Ini secara tidak langsung mewujudkan persaingan yang sihat dikalangan service provider yang terpilih di dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada Kerajaan Negeri dan golongan wanita Selangor.
- Selain itu, logistik dan pergerakan para peserta skim ini ke service provider berhampiran dapat dirancang dengan lebih baik dan teratur oleh agensi pelaksana program iaitu
- Penggunaan Peruntukan Pembangunan P01-20003 Skim Kesihatan Wanita
- Peruntukan Pembangunan P01-20003 Skim Kesihatan Wanita berjumlah RM1,000,000.00 setiap tahun diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan pemeriksaan mammogram (screening) sahaja sebelum
- Sehubungan itu, dengan penambahbaikan ini turut mengambilkira bebanan tanggungan bayaran lain selain daripada pemeriksaan mammogram (screening). Penggunaan peruntukan sebanyak RM1,000,000.00 itu nanti akan meliputi bayaran termasuk kos :-
- Pemeriksaan saringan Mammogram (screening);
- Ultrasound (atas nasihat doktor sekiranya perlu);
- Logistik mobilisasi ;dan
- Promosi SKW
Dengan penambahbaikan program Skim Kesihatan Wanita (SKW) – Mammogram Selangor (MammoSel) ini, Kerajaan Negeri berharap lebih ramai wanita di Negeri Selangor akan mampu diberikan dan menikmati khidmat mammogram ini secara percuma. Dengan cara ini diharapkan juga pengesanan awal terhadap gejala kanser payudara ini dapat dikesan di peringkat awal lagi dan lebih banyak nyawa akan mampu diselamatkan.
- Kos Pemeriksaan Saringan Mammogram
-
Apa kesan Insentif Perkahwinan terhadap trend berkahwin kalangan belia?
Kesan Insentif Perkahwinan terhadap trend berkahwin di kalangan belia dapat dilihat berdasarkan kepada data penerima insentif yang semakin meningkat saban tahun. Ini menunjukkan bahawa program ini secara tidak langsung telah menggalakkan perkahwinan di Negeri Selangor. Data penerima insentif mengikut tahun adalah seperti jadual di bawah :-
BIL. PERKARA TAHUN JUMLAH PENERIMA 1.
Penerima insentif bagi yang beragama Islam
2013 4038 2014 5710 2015
1599 (Januari hingga Julai)
2.
Penerima insentif bagi yang bukan beragama Islam
2013 1911 2014 3091 2015
890 (Januari hingga Julai)
JUMLAH 17,239 penerima (Sumber dari Jawatankuasa Tetap Generasi Muda dan Sukan)