Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
221) PROGRAM MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri bagi meningkat publisiti Program Merakyatkan Ekonomi Selangor khususnya di luar bandar memandangkan terdapat penduduk yang tidak mempunyai akses internet?
Skim Merakyatkan Ekonomi Selangor mempunyai sebanyak 18 program yang dirangka khusus bagi membantu golongan-golongan sasar untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi iaitu :
- Program Hijrah Selangor;
- Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS);
- Hadiah Anak Masuk Universiti;
- Skim Mesra Usia Emas;
- Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang;
- Bekalan Air Percuma Bagi 20 Meter Padu (M2);
- Skim Kesihatan Wanita (MammoSEL);
- Insentif Perkahwinan Belia;
- Pusat Tuisyen Rakyat;
- Pusat Dialisis Rakyat;
- Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si KEMBAR);
- Skim Bantuan Tadika (TUNAS);
- Cuti Bersalin 90 Hari;
- Cuti Untuk Suami Yang Isterinya Bersalin Selama 14 Hari;
- Cuti Kematian Suami Selama 30 Hari;
- Jom Shopping (Warga Emas + Ibu Tunggal);
- Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC); dan
- Program Peningkatan Hasil Daripada Bahan Batuan dan
Maklumat lanjut kesemua program ini boleh didapati melalui portal MES yang
dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi kemudahan rakyat. Namun begitu, Kerajaan Negeri tidak menolak kemungkinan masih lagi terdapat penduduk yang tidak mempunyai akses internet bagi menyemak dan berdaftar secara atas talian. Bagi membendung permasalahan ini, Kerajaan Negeri sentiasa menggalakkan agensi bertanggungjawab bagi program-program ini mengadakan roadshow atau membuka booth di seluruh Selangor untuk meningkatkan kesedaran dan kepekaan rakyat mengenai program-program yang telah diperkenalkan.
Di samping itu, Kerajaan Negeri turut telah mewujudkan pusat maklumat sehenti di setiap DUN yang berperanan untuk memberi maklumat atas sebarang aduan, maklumat dan pertanyaan yang dihadapi oleh penduduk. Pusat tersebut juga menyediakan borang untuk diisi secara manual oleh penduduk dan juga risalah atau brosur mengenai setiap program yang dijalankan. Selain itu, setiap DUN juga dari semasa ke semasa akan mengadakan sesi Program Mesra Rakyat yang menjadi platform antara YB DUN dan juga penduduk setempat bagi menjelaskan hal-hal semasa, menyelesaikan mengenai isu-isu berbangkit di kawasan setempat dan juga memberi penerangan mengenai program-program kebajikan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri.
Setakat ini penyertaan di bawah program MES sangat memberangsangkan dan ini menunjukkan bahawa segala usaha yang telah digembleng oleh setiap agensi yang dipertanggungjawabkan membuahkan hasil dan berjaya menarik perhatian rakyat Negeri Selangor.
-
Nyatakan OKU yang berdaftar dengan Skim Mesra Usia Emas mengikut tahun sejak 2008.
Skim Mesra Usia Emas (SMUE) merupakan satu skim khairat kematian yang dilancarkan pada 31 Ogos 2008 bagi menjaga kebajikan rakyat Selangor khususnya warga emas dan OKU yang meninggal dunia serta memenuhi syarat dan telah berdaftar tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan kedudukan sosial mereka. Ringkasan jumlah OKU yang berdaftar dengan SMUE mengikut tahun sejak 2008 adalah seperti jadual berikut :-
TAHUN/ UMUR 0-1 1-6 6-12 13-17 18-23 24-30 31-40 41-50 51-60 70-74 75-79 JUMLAH 2008 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 2009 2 65 95 140 150 137 187 196 192 11 3 1178 2010 5 71 104 129 131 113 133 205 160 0 2 1053 2011 1 31 50 92 106 131 176 225 165 1 1 979 2012 0 7 23 195 144 188 277 370 318 3 0 1525 2013 0 0 0 100 134 103 177 235 260 0 0 1009 2014 3 22 62 82 80 89 136 204 275 4 3 960 2015 3 26 38 57 76 65 117 181 234 7 4 808 2016 2 16 21 36 49 31 77 101 173 1 0 507 JUMLAH 16 238 393 831 870 857 1280 1717 1777 27 13 8019