Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
76) PROGRAM MENAIK TARAF GERAI-GERAI DI KAWASAN BANDARAYA DAN PERBANDARAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Terdapat banyak gerai-gerai yang berada di kawasan bandar raya dan perbandaran kelihatan tidak teratur dan usang. Apakah usaha pihak PBT untuk menambah baik gerai-gerai yang bertaburan ini kelihatan lebih indah dan menarik.?
Pihak PBT sentiasa berusaha untuk menambah baik gerai-gerai dengan melakukan penyelenggaraan dari masa ke semasa dan pembaikan kecil ke atas gerai-gerai berdasarkan keutamaan lokasi yang dipilih.
-
Berapa bajet disediakan di tiap-tiap PBT Negeri Selangor untuk menambah baik gerai-gerai ini.
PBT memperuntukkan bajet pembaikan gerai-gerai berdasarkan kemampuan kewangan PBT masing-masing.
-
Apakah bentuk latihan yang diberikan kepada para peniaga gerai ini supaya dapat menaikkan kualiti perkhidmatan mereka.?
Bentuk latihan yang diberikan kepada peniaga gerai adalah latihan
pengendalian makanan. Selain itu peniaga juga diberi latihan penjagaan dan kebersihan gerai perniagaan supaya dapat menaikkan kualiti perkhidmatan mereka.