Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
233) PROGRAM MEMBASMI KEMISKINAN
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri dalam Program Membasmi Kemiskinan di DUN Teluk Datuk?
Kerajaan Negeri dalam usaha untuk membasmi kemiskinan fokus kepada isu perumahan untuk orang miskin, penjanaan pendapatan, pendidikan dan kesihatan. Usaha ini diselaraskan bagi membantu mereka yang memerlukan dengan sasaran jangka panjang memastikan mereka dapat berdikari. Pembahagian peruntukan bagi Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan dan
Program Kerajaan Prihatin adalah seperti berikut :-
- Program Blueprint Pembasmian Kemiskinan dan Program Kerajaan Prihatin adalah berdasarkan permohonan daripada DUN Teluk Datuk
- Lain-lain bantuan program pula berdasarkan peruntukan yang telah diluluskan selaras dengan lain-lain DUN
-
Berapakah jumlah keluarga miskin tegar, OKU atau bujang telah didaftarkan dan diberikan bantuan di DUN Teluk Datuk?
erdasarkan statistik yang diperolehi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Langat bagi DUN Teluk Datuk adalah seperti berikut:
- Bantuan Am seramai 155 orang
- Bantuan Orang Tua seramai 175 orang
- Bantuan Kanak-Kanak seramai 158 orang
- Elaun Pekerja Cacat seramai 21 orang
- Bantuan Penjagaan OKU/Pesakit Kronik Terlantar seramai 18 orang
- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja seramai 60 orang
- Bantuan Anak Pelihara seramai 1 orang