Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

171) PROGRAM MAMMOSEL

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengapa syarat kelayakan skim kesihatan wanita Selangor (MammoSEL) dinaikkan kepada 50 tahun ke atas sedangkan kes yang melibatkan golongan muda yang menghidap kanser payudara semakin meningkat? Perlu kajian semula.

    Untuk makluman Yang Berhormat Batang Kali, syarat kelayakan Skim Kesihatan Wanita Selangor (MammoSEL) telah dinaikkan kepada golongan berumur 50 tahun ke atas adalah berdasarkan statistik terkini yang boleh didapati menerusi portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman sesawang http://www.myhealth.gov.my/ yang menunjukkan bahawa wanita yang berumur 50 tahun ke atas mempunyai 8 hingga 10 kali ganda kemungkinan mendapat kanser berbanding umur yang lebih muda.

    Sebagai makluman, KKM juga melaksanakan saringan Mammogram bermula dari umur 50 tahun ke atas berdasarkan Garis Panduan Amalan Klinikal Malaysia (Clinical Practice Guidelines).  Walaubagaimanapun, Skim Kesihatan Wanita Selangor (MammoSEL) tiada halangan bagi golongan wanita yang berisiko tinggi seperti sejarah keluarga penghidap kanser payudara untuk melakukan saringan percuma tersebut. Manakala bagi golongan wanita yang belum mencapai usia 50 tahun, adalah disarankan agar melakukan pemeriksaan ultrasound mengikut saranan doktor bagi mengelakkan risiko keguguran (hamil) dan sebagainya.

Lampiran

Tiada Lampiran.