Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

87) PROGRAM MAMMOGRAM

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peserta yang membuat pemeriksaan?

    Program Mammogram adalah di bawah Skim Kesihatan Wanita (SKW) yang telah dilancarkan pada tahun 2010 sehingga kini (setakat 31 Oktober 2014) telah dimanfaatkan oleh seramai 18,745 orang wanita diseluruh Negeri Selangor.

  2. Dimanakah ia dilaksanakan?

    Pada tahun 2010 sehingga tahun 2012, operasi pelaksanaan program Mammogram telah dilaksanakan oleh Forest Medical Sdn. Bhd. Walau bagaimanapun, mulai tahun 2013 penambahbaikan terhadap SKW sedia ada telah dilaksanakan dimana ianya dilakukan oleh National Cancer Society Malaysia (NCSM) dan Majlis Kanser National (MAKNA).

     

  3. Mengapakah program ini dihentikan pada 2013 sehingga sekarang?

    Program Mammogram tidak pernah dihentikan pelaksanaannya. Pelaksanaan Mammogram masih diteruskan malah tindakan penambahbaikan program telah diambil dan dilaksanakan secara berterusan sehingga kini. Untuk makluman sehingga Oktober 2014 seramai 18,742 orang mendapat manfaat daripada program tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.