Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
97) PROGRAM LATIHAN PEMBANGUNAN PENJAJA KECIL SELANGOR (PLATS)
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah pecahan peserta Program Latihan Pembangunan Penjaja Kecil Selangor (PLATS) di DUN Balakong mengikut jantina dan umur sejak 2022?
Program Latihan Pembangunan Penjaja Kecil yang di kendalikan di bawah inisiatif Platform Selangor (PLATS) adalah mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor. Sehingga 27 Februari 2023, program latihan ini telah di jalankan di 9 PBT dan menerima kehadiran seramai 739 orang peserta.
Program latihan berkenaan bertindak sebagai asas bagi pemilik perniagaan kecil untuk belajar kemahiran teras (hard skills) serta kemahiran insaniah (soft skills) dan ruang terbaik untuk mereka meningkatkan pengetahuan mengenai pendigitalan.
Latihan PLATS merangkumi topik pengurusan akaun media sosial, suntingan asas hantaran media sosial, proses pengurusan tempahan dalam talian, penyesuaian Transaksi Tanpa Tunai, pendigitalan asas perniagaan dan pengenalan kepada PLATS.
Pecahan mengikut jantina
Jantina Jumlah Lelaki 55 orang Perempuan 53 orang Jumlah 108 orang Pecahan mengikut umur
Jantina Jumlah 20-40 tahun 41-60 tahun 61-80 tahun Lelaki 55 orang 17 25 13 Perempuan 53 orang 22 24 7 Jumlah 108 orang 39 49 20