Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

80) PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN PASCA SPM DI KAWSAN TEMPATAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan negeri akan meneruskan perancangan untuk menyediakan latihan kemahiran kepada pelajar lepasan SPM dan belia menganggur di kawasan DUN mengikut minat dan kepakaran serta sumber setempat seperti kelas baikpulih telefon bimbit, gunting rambut, baikpulih basikal dll?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui penubuhan INPENS International College akan meneruskan perancangan untuk menyediakan peluang kepada pelajar lepasan SPM, pelajar keciciran persekolahan, belia menganggur serta belia yang meminati ilmu teknikal dan vokasional untuk mempelajari ilmu latihan kemahiran.

    Pembelajaran di INPENS adalah secara sepenuh masa dan syarat kemasukan mestilah anak-anak Selangor yang mempunyai emolumen keluarga di bawah RM3,000.00 sebulan akan diberi bantuan oleh Kerajaan Negeri Selangor seperti tajaan yuran pengajian, penginapan asrama dalam kampus, makan minum serta elaun sara hidup.

    INPENS merupakan pusat pengajian yang bertauliah dan diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Sijil-sijil yang dikeluarkan oleh INPENS adalah Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Pada masa ini INPENS menawarkan sembilan (9) bidang kemahiran seperti berikut:

    1. kejuruteraan automotif;
    2. kejuruteraan motosikal;
    3. kejuruteraan elektrikal;
    4. kejuruteraan elektronik;
    5. sistem komputer;
    6. kejuruteraan penyamanan udara;
    7. dandanan rambut;
    8. kosmetologi (kecantikan); dan
    9. teknologi fesyen (jahitan).
  2. Bilakah ia akan dimulakan?

    Dalam menaiktaraf kehidupan masyarakat desa. Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi akan bekerjasama dengan INPENS untuk mengadakan “Kursus Jangka Pendek dan Nilai Tambah” di semua 56 DUN di Selangor. Program ini bakal dimulakan pada April 2015 dan melibatkan seramai 300 penyertaan. Program ini bertujuan melatih mana-mana anggota masyarakat untuk mempelajari ilmu kemahiran dalam bidang berikut:

    1. servis motosikal;
    2. jahitan langsir;
    3. dandanan rambut;
    4. terapi kecantikan; dan
    5. servis penyaman udara.

Lampiran

Tiada Lampiran.