Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
222) PROGRAM LATIHAN DAN MOTIVASI
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan negeri berhasrat untuk memulakan kembali program Pembangunan Insan yang mensasarkan berbagai organisasi dan kumpulan ?
Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri telah pun memulakan program Pembangunan Insan untuk kumpulan pelajar seperti Program Jamboree di Kem Bina Semangat Ampang Pecah dan program motivasi untuk pelajar sekolah tahfiz. Matlamat pelaksanaan program ini adalah untuk melahirkan masyarakat cemerlang selaras bagi merealisasikan halatuju kerajaan ke arah negeri Smart Selangor. Maka pada tahun ini, pihak Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan akan meneruskan pelaksanaan program pembangunan modal insan dengan menggunakan pendekatan yang lebih kontemporari dan komprehensif.
Oleh itu, Kerajaan Negeri akan mengadakan program pembangunan insan yang memberi fokus kepada peningkatan kemahiran yang boleh membantu individu tersebut meningkatkan pendapatan.
-
Apakah mekanisme yang boleh digunakan dalam perlaksanaan program tersebut?
Bagi memastikan kelestarian terhadap keberkesanan pelaksanaan program pembangunan modal insan beberapa elemen dan mekanisme dilaksanakan seperti berikut :
- membuat perancangan dengan menetapkan objektif dan halatuju yang jelas, proses pelaksanaan, peranan pihak terlibat dan impak program;
- mengenal pasti kumpulan/entity yang dapat membantu individu meningkatkan pendapatan mereka
- mengadakan jaringan kerjasama strategik dengan semua agensi / jabatan/syarikat swasta yang dikenalpasti dapat membantu hasrat kerajaan negeri. Pada tahun ini, Kerajaan Negeri merancang untuk mengadakan program pembangunan modal insan secara besar-besaran bertempat di Kem Wawasan, Meru. Program ini melibatkan golongan muda di DUN negeri Selangor.
- mengenal pasti pekerjaan yang sesuai dengan generasi muda yang berminat menceburi bidang ‘gig ekonomi’. Melalui program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) yang diperkenalkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar pada sidang Belanjawan #Selangor 2020, anggaran seramai 3,000 anak muda di seluruh Selangor yang layak bakal diberi peluang pekerjaan di dalam ‘gig ekonomi’
- bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk melindungi golongan generasi muda yang menceburi bidang ‘gig ekonomi’