Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

256) PROGRAM KITAR SEMULA

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah KDEBWM atau Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar mempunyai apa-apa program dan inisiatif untuk mengitar semula sisa-sisa elektronik domestik?

    KDEB Waste Management sentiasa prihatin dan menyokong program-program kelestarian alam sekitar termasuk inisiatif kitar semula anjuran pelbagai pihak. KDEB Waste Management sehingga kini mempunyai dua (2) pusat kitar semula berskala besar di Jalan Korporat, Meru, Klang dan di Bukit Puchong, Subang yang mampu mengendalikan kira-kira 20 tan bahan kitar semula sehari. Kedua-dua pusat kitar semula ini menerima hampir semua jenis bahan kitar semula termasuk sisa elektronik (E-Waste).

    KDEB Waste juga merancang untuk membina sekurang-kurangnya satu (1) pusat kitar semula di setiap kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Selangor dalam tempoh tiga (3) ke lima (5) tahun.

    Berkenaan dengan program dan inisiatif kitar semula sisa elektronik, KDEB Waste Management bersedia untuk borkolaborasi dengan mana-mana pihak untuk menjayakannya. KDEB Waste Management kerap kali diundang untuk membuka reruai (booth) buy back kitar semula di karnival anjuran agensi-agensi kerajaan untuk mengumpul sisa elektronik yang ingin dilupuskan oleh pengunjung. KDEB Waste Management mempunyai rakan kongsi strategik yang bersedia untuk membeli sisa elektronik untuk dikitar semula pada harga pasaran semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.