Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
111) PROGRAM KEUSAHAWANAN SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah dan inisiatif yang diberikan kepada golongan belia dan ibu tunggal untuk mula berniaga?
Untuk makluman Yang Berhormat, Program Pembangunan Usahawan Selangor tidak mensasarkan golongan tertentu malah ia terbuka kepada semua golongan usahawan termasuklah belia dan ibu tunggal untuk meningkatkan diri, perniagaan dan menjana ekonomi keluarga. Berikut merupakan insentif yang disediakan :
DANA USAHAWAN MIKRO SELANGOR
Dana Usahawan Mikro Selangor merupakan program khas untuk membantu usahawan mikro di Negeri Selangor bagi meningkatkan hasil jualan dan sekaligus melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju. Setiap tahun sekurang-kurangnya 100 usahawan mendapat manfaat daripada bantuan ini.
- Setiap tahun Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM250,000.00 bagi setiap daerah untuk menyalurkan bantuan kepada pemohon yang layak. Seorang pemohon layak menerima bantuan sehingga RM30,000.00. Skop bantuan adalah seperti berikut:
- Bantuan pembelian mesin / peralatan / perkakasan;
- Meningkatkan kualiti premis/perniagaan iaitu mengubahsuai/menaiktaraf;
- Lain-lain keperluan yang mempunyai nilai tambah dan mampu melonjakkan pembangunan usahawan mikro di negeri Selangor.
PAMERAN/EKSPO
Program ini bertujuan untuk mengembangkan lagi permintaan pasaran produk para usahawan di negeri Selangor dimana Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan akan menyertai ekspo dan pameran diperingkat tempatan dan juga antarabangsa. Antara ekspo dan pameran yang disertai oleh Kerajaan Negeri adalah seperti Malaysia International Halal Showcase (MIHAS), Selangor International Business Summit (SIBS) dan Satu Daerah Satu Industri (SDSI). Usahawan yang berkelayakan akan ditawarkan untuk menyertai ekspo/ pameran ini bagi mewakili delegasi Negeri Selangor.
KURSUS/LATIHAN
Kerajaan Negeri menganjurkan kursus-kursus untuk usahawan diperingkat permulaan bagi memberi pendedahan dari segi persiapan produk untuk menembusi pasaraya tempatan dan antarabangsa. Modul kursus terdiri daripada asas perniagaan dan kewangan, penjenamaan produk, pensijilan produk serta pemasaran online dan ke rangkaian pasaraya.
PROGRAM PEMBUNGKUSAN PRODUK MADE IN SELANGOR
Kerajaan Negeri juga menyediakan Program Pembungkusan Produk Made In Selangor (MIS) kepada usahawan yang sudah bersedia untuk mempertingkatan mutu pembungkusan dan pensijilan produk. Peserta yang mengikuti program ini akan menerima pensijilan produk, rekabentuk jenama, pendaftaran jenama (MyIPO) dan cetakan pembungkusan yang diperbaharui.
PINJAMAN MIKROKREDIT HIJRAH SELANGOR
HIJRAH Selangor menyediakan pinjaman kewangan berperingkat bermula tahun 2015. Ia merupakan satu sistem pengeluaran modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan kepada penjaja dan peniaga kecil yang menghadapi masalah kekurangan modal, dan peluang mendapatkan modal tambahan. Pinjaman berperingkat ini dikategorikan mengikut skim 1 – 4 dan jumlah kelulusan diberikan sehingga RM50,000.00 mengikut syarat-syarat tertentu.
-
Nyatakan jumlah usahawan belia dan wanita mengikut kawasan yang telah mengikuti program pinjaman hijrah
Program Hijrah Selangor telah beroperasi mulai Mac 2015 merupakan program Mikrokredit Bersepadu bertujuan untuk melebarkan golongan kelas menengah di Negeri Selangor melalui penyaluran modal dan modal tambahan secara efisien kepada golongan miskin yang dikenalpasti dan penjaja serta peniaga-peniaga kecil. Bagi mencapai matlamat tersebut, Hijrah Selangor menawarkan 2 jenis skim pinjaman iaitu
- Pinjaman berbentuk modal tambahan (RM1,000.00 -RM50,000.00); dan
- Pinjaman Zero To Hero dimana HIJRAH Selangor memilih dan melantik Anchor Company yang berpotensi untuk melaksanakan ”system mentoring” (melatih dan memantau). Usahawan akan diberikan latihan dan peralatan perniagaan untuk memulakan perniagaan dengan pemantauan selama 6 bulan daripada syarikat peneraju.
Sehingga kini, sejumlah 8,121 usahawan belia dan 28,740 wanita yang telah mengikuti program pinjaman HIJRAH Selangor. Berikut merupakan perincian mengikut kawasan:
Usahawan Belia
ZON CAWANGAN BELIA CAWANGAN KAPAR 449 CAWANGAN KLANG 430 CAWANGAN KOTA RAJA 328 CAWANGAN KUALA SELANGOR 314 CAWANGAN SABAK BERNAM 546 CAWANGAN SHAH ALAM 371 CAWANGAN SUNGAI BESAR 781 CAWANGAN TANJUNG KARANG 400 ZON 1 JUMLAH ZON 3619 CAWANGAN AMPANG DAN PANDAN 356 CAWANGAN HULU LANGAT 351 CAWANGAN KUALA LANGAT 531 CAWANGAN PUCHONG 239 CAWANGAN SEPANG 531 CAWANGAN SERDANG 329 ZON 2 JUMLAH ZON 2337 CAWANGAN GOMBAK 465 CAWANGAN HULU SELANGOR 276 CAWANGAN KELANA JAYA DAN PETALING JAYA SELATAN 326 CAWANGAN PETALING JAYA UTARA 408 CAWANGAN SELAYANG 253 CAWANGAN SUBANG 437 ZON 3 JUMLAH ZON 2165 JUMLAH KESELURUHAN 8,121 Usahawan Wanita
ZON CAWANGAN PEREMPUAN CAWANGAN KAPAR 1,774 CAWANGAN KLANG 1,183 CAWANGAN KOTA RAJA 1,381 CAWANGAN KUALA SELANGOR 1,393 CAWANGAN SABAK BERNAM 1,255 CAWANGAN SHAH ALAM 1,199 CAWANGAN SUNGAI BESAR 1,624 CAWANGAN TANJUNG KARANG 1,068 ZON 1 JUMLAH ZON 10,877 CAWANGAN AMPANG DAN PANDAN 1,193 CAWANGAN HULU LANGAT 1,595 CAWANGAN KUALA LANGAT 1,863 CAWANGAN PUCHONG 1,042 CAWANGAN SEPANG 2,090 CAWANGAN SERDANG 1,364 ZON 2 JUMLAH ZON 9,147 CAWANGAN GOMBAK 1,353 CAWANGAN HULU SELANGOR 1,506 CAWANGAN KELANA JAYA DAN PETALING JAYA SELATAN 1,252 CAWANGAN PETALING JAYA UTARA 1,414 CAWANGAN SELAYANG 1,342 CAWANGAN SUBANG 1,849 ZON 3 JUMLAH ZON 8,716 JUMLAH KESELURUHAN 28,740