Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

67) PROGRAM KEUSAHAWANAN HIJRAH

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Usahawan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah kelayakan peserta Hijrah ditentukan? Berapa ramai yg telah menyertainya, mengikut jantina tahun 2015?

    Kelayakan peserta Hijrah ditentukan melalui syarat–syarat kelayakan seperti berikut:

    • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 60 tahun
    • Memiliki premis perniagaan yang khusus
    • Mempunyai lesen/permit perniagaan yang sah
    • Tidak mempunyai rekod pinjaman yang tidak baik dari mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaan
    • Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH SELANGOR sahaja dalam satu-satu masa
    • Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH SELANGOR sahaja dalam satu-satu isirumah
    • Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH SELANGOR sahaja dalam satu-satu perniagaan perkongsian
    • Terlibat secara langsung di dalam perniagaan

    Peserta Hijrah mengikut jantina sehingga Julai 2015 adalah seperti berikut :

    Perkara Bilangan %
    Lelaki 1,920 27
    Perempuan 5,283 73
    Jumlah 7,203 100%

     

  2. Apakah prosedur dan proses pemantauannya?

    Prosedur dan proses pemantauan peserta Hijrah Selangor ditentukan melalui kaedah pemantauan pembiayaan dan pemantauan bayar balik.

    Pemantauan Pembiayaan

    • Pemantauan permohonan peserta mengikuti SOP yang ditetapkan
    • Pegawai Hijrah dan Pengurus Cawangan Hijrah wajib memastikan semua bakal peserta mematuhi syarat-syarat pinjaman yang telah ditetapkan dalam prosedur (sebagaimana jawapan a )

    Pemantauan Kelulusan Pinjaman

         Semua borang permohonan pinjaman wajib disiasat bagi memastikan perniagaan yang dicadangkan telah beroperasi, jumlah tambahan modal yang dipohon adalah bersesuaian dengan perniagaan yang sedang dijalankan dan menilai kemampuan bayaran balik berasaskan prestasi perniagaan tersebut.

    Pemantauan Bayar Balik

    • Kutipan bayar balik secara mingguan supaya tidak membebankan kerana jumlah yang kecil.
    • Kutipan bayaran balik dibuat di premis perniagaan supaya mengeratkan hubungan baik di antara Pegawai Hijrah dan peserta .
  3. Adakah konsep bimbingan dan latihan keusahawanan menjadi ciri skim Hijrah?

    Latihan-latihan yang dirancang dilaksanakan secara berperingkat daripada latihan asas sehingga kepada kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh seorang usahawan. Latihan-latihan ini akan dilaksanakan oleh pihak Hijrah Selangor dengan kerjasama agensi-agensi lain seperti STANCO-STANCO berkaitan seperti Kebajikan, Wanita dan Usahawan, INPENS, PKNS, UNISEL dan lain-lain agensi berkaitan.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.