Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

34) PROGRAM KESIHATAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Pada masa ini Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan bantuan kesihatan bagi 3 jenis rawatan pembedahan kecil yang ditanggung oleh pihak kerajaan negeri iaitu pembedahan katarak, bantuan dialisis dan pembedahan kecil; Adakah pihak kerajaan negeri bercadang untuk menambahkan jenis penyakit dan rawatan selain di atas?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Skim Bantuan Rakyat Miskin telah menyediakan bantuan kesihatan bagi empat (4) jenis rawatan pembedahan kecil yang ditanggung oleh pihak kerajaan negeri iaitu pembedahan katarak, bantuan dialisis, pembedahan kecil dan lain-lain. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan negeri sedang merancang untuk menambahkan jenis rawatan yang boleh disediakan kepada rakyat negeri Selangor antaranya bantuan kaki palsu kepada yang

  2. Adakah pihak kerajaan negeri bercadang untuk pembiayaan bahan-bahan anggota palsu seperti kaki palsu dan prosthesis dan plate?

    Kerajaan negeri sememangnya telah membiayai permohonan bagi kaki palsu termasuk prothesis dan plate sejak dari tahun 2012 sehingga kini sebanyak

    66 permohonan kaki palsu telah diluluskan dengan nilaian RM248,840.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Empat Puluh Lapan Ribu Lapan Ratus Empat Puluh).

  3. Adakah kerajaan negeri berhasrat untuk mewujudkan pusat dialisis di setiap DUN?

    Kerajaan negeri berhasrat untuk menubuhkan satu Pusat Dialisis Rakyat (PDR) di setiap DUN. Untuk itu, satu bentuk kerjasama bijak telah dilakukan dengan beberapa entiti termasuk pihak swasta. Namun, bukanlah sesuatu yang mudah untuk memenuhi hasrat tersebut kerana tidak semua perkara berada di bawah kawalan kerajaan

     

    Satu jawatankuasa telah dibentuk bagi mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkaitan terutamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi merealisasikan perkara ini.

     

    Kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia adalah perlu kerana lesen untuk PDR beroperasi dikeluarkan oleh KKM. Di samping itu, terdapat syarat-syarat lain yang perlu dipatuhi sebelum sesebuah PDR dapat beroperasi.

    Antara syarat-syaratnya adalah seperti berikut :

     

    1. Infrastruktur dan pelan susun atur bangunan PDR perlu mengikut keperluan standard Kementerian Kesihatan Malaysia

     

    • Mesin hemodialisis di PDR perlu mematuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia

     

    • Kakitangan dan staffnurse perlu mendapat latihan kejururawatan dan pengalaman di dalam bidang dialisis

     

    • Memerlukan seorang doktor untuk bertugas di pusat

     

    • Meletakkan seorang  pakar  buah   pinggang   nefrologi   yang akan melawat PDR secara berkala bagi merawat

     

Lampiran

Tiada Lampiran.