Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

9) PROGRAM KAWALAN KESELAMATAN KAMPUNG

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah matlamat utama program tersebut dilaksanakan?

    Kerajaan Negeri memandang serius terhadap keselamatan penduduk kampung di Negeri Selangor. Sehubungan itu, pada tahun ini Kerajaan Negeri telah meluluskan pelaksanaan Program Ikatan Desa di Kampung Tradisi dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM3,680,000.00. Objektif utama Ikatan Desa di peringkat kampung ini adalah bagi membantu pihak Polis Diraja Malaysia untuk mengurangkan kadar jenayah di kawasan luar bandar di Selangor. Di samping itu, penubuhan Ikatan Desa ini akan meningkatkan hubungan kerjasama dan perpaduan di kalangan penduduk kampung sendiri.

    Namun begitu, adalah menjadi peranan ahli-ahli JKKK sendiri di dalam menjaga keselamatan kampung supaya kehidupan masyarakat kampung diperkukuhkan. Dengan wujudnya Pasukan Ikatan Desa di peringkat kampung tradisi, keselamatan dan kesejahteraan kampung telah dapat dipertingkatkan.

    Untuk makluman, Pasukan Ikatan Desa ini tidak diberikan elaun atau bayaran khas. Sebaliknya ia adalah merupakan penglibatan secara sukarela dan merupakan satu cara untuk memupuk semangat kerjasama dan kepunyaan terhadap kampung masing-masing. Walau bagaimanapun, setiap ahli diberikan kursus dan latihan keselamatan serta insurans akan turut dicarumkan oleh Kerajaan Negeri bagi menjaga kebajikan ahli pasukan tersebut.

     

  2. Sila perjelaskan apakah usaha ini membuktikan kegagalan pihak PDRM mengawal keselamatan kampung dengan berkesan ?

    Sama seperti di SUB(a)

  3. Sila nyatakan berapakah insentif dan bayaran yang diberikan kepada JKKK yang terlibat dalam menjayakan program tersebut ?

    Sama seperti di SUB(a)

Lampiran

Tiada Lampiran.