Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
201) PROGRAM KASIH IBU SMART SELANGOR (KISS)
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan jumlah peserta Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) pada tahun 2018, dan selepas penjajaran IPR dilaksanakan.
Pada tahun 2018, jumlah keseluruhan penerima manfaat KISS adalah seramai 39,448 orang. Manakala bilangan penerima selepas penjajaran adalah seramai 11,462 orang.
-
Apa tindakan susulan untuk memastikan penduduk yang layak dapat KISS tidak tercicir?
Dalam memastikan rakyat Selangor yang layak menerima manfaat KISS ini tidak tercicir, Kerajaan Negeri melalui Pusat Khidmat Masyarakat dan pihak Selcare Management Sdn Bhd akan membuat hebahan dan mewar-warkan kepada semua peserta untuk berdaftar ke dalam sistem e-Kasih atau Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi memastikan rekod mereka tidak keciciran ketika pemilihan dilakukan untuk masa akan datang.