Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
108) PROGRAM KAD PEDULI SIHAT
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status dan syarat-syarat terkini bagi warga Selangor yang ingin mendaftarkan diri bawah program dengan kad peduli sihat?
Skim Peduli Sihat (SPS) masih lagi diteruskan pelaksanaan pada tahun 2020. Program SPS ini telah menjalani proses pengemaskinian dan penjajaran semula pada bulan Jun 2019 dengan menghadkan bilangan kad peduli sihat kepada 65,000 kad sahaja dengan beberapa syarat tambahan seperti pendapatan isi rumah kurang daripada RM2000, berdaftar sebagai pemohon BSH dibawah kategori pendapatan bawah RM2000 atau tersenarai sebagai golongan miskin tegar di pangkalan data eKasih dan berasaskan kuota DUN
Sebagai penambahbaikan Skim Peduli Sihat sedia ada, melalui Belanjawan Negeri Selangor 2020, sebanyak 20,000 kuota tambahan telah disediakan bermula bulan Mac 2020.
-
Berapakah kuota Kad Peduli Sihat bawah DUN Bandar Utama dan berapakah jumlah yang berdaftar di bawah DUN Bandar Utama setakat ini?
Kuota Kad Peduli Sihat di bawah DUN Bandar Utama adalah 1,381 pemegang kad dan jumlah kad yang berdaftar adalah sebanyak 563 kad dengan baki kuota sebanyak 818 kad.