Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012
58) PROGRAM JOM SHOPPING
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa peratus yang sudah melibatkan diri di dalam program ini?
Sehingga Julai 2012, daripada 160,820 orang yang telah berdaftar, masih hidup dan layak menyertai program ini, sejumlah 60,502 orang atau 37.62 peratus telah menyertainya secara berperingkat sejak pelancarannya pada 15hb Julai 2011.
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk memberi wang saguhati pada hari jadi?
Sekiranya sesuatu program itu dirasakan baik dan dapat membantu meringankan beban rakyat, ia pasti akan dibawa ke dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor untuk dibincangkan dari pelbagai sudut serta cara perlaksanaannya.