Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

228) PROGRAM JOM KE PASARAYA BERSAMA ADN

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bilakah program tersebut akan dimulakan dan apakah matlamat yang disasarkan ?

    Program Jom ke Pasaraya dilaksanakan bermula pada tahun 2011 selaras dengan Keputusan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor(MTES) yang bersidang pada 30 Jun 2011. Sasaran awal adalah sekurang-kurangnya 50% daripada golongan warga emas yang telah berdaftar melalui sistem Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

  2. Sila perjelaskan golongan manakah yang bakal menerima manfaat daripada perlaksanaan program tersebut ?

    Golongan yang bakal menerima manfaat daripada pelaksanaan tersebut adalah golongan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dan berdaftar melalui sistem Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

  3. Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan yang akan disalurkan dan dari manakah dana tersebut diperolehi ?

    Dana awal yang akan disalurkan adalah berjumlah RM 5,000,000.00 bagi tahun 2011.

    Dana tersebut dibiayai oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB).

Lampiran

Tiada Lampiran.