Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
268) PROGRAM JOM DAFTAR TASKA DAN KEMPEN ‘SAYANGI ANAK, KENALI PENGASUH’
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan pengasuh dan TASKA yang telah didaftar sejak pelancaran program Jom Daftar TASKA dan Kempen "Sayangi Anak, Kenali Pengasuh" pada 19 Ogos 2018?
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor telah melaksanakan Program Jom Daftar TASKA dan Kempen “Sayangi Anak, Kenali Pengasuh” pada 19 Ogos 2018 bertempat di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 Shah Alam. Program adalah bertujuan meningkatkan pendaftaran taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di Negeri Selangor dan memberi kesedaran kepada awam berkenaan keperluan TASKA berdaftar dan pengasuh berdaftar.
Bagi tempoh September 2018 hingga Jun 2019, JKM Negeri Selangor telah mendaftarkan 160 buah TASKA seperti pecahan berikut berikut:
KATEGORI TASKA JUMLAH PENDAFTARAN (SEP-DIS 2018)
JUMLAH PENDAFTARAN (JAN-JUN 2019)
JUMLAH Institusi 16 97 113 Di Rumah 3 34 37 Komuniti 0 1 1 Tempat Kerja Awam 0 3 3 Tempat Kerja Swasta 2 4 6 JUMLAH 21 139 160 -
Apakah program susulan atau tindakan pemantauan Kerajaan Negeri dan agensi berkaitan?
Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan melalui JKM Negeri Selangor telah melaksanakan beberapa program bagi menggalakkan pendaftaran TASKA seperti berikut:
- Program Rejuvenasi TASKA Tempat Kerja Peringkat Negeri Selangor Tahun 2018 bagi menggalakkan penubuhan dan pendaftaran TASKA di tempat kerja. Program ini telah diadakan pada 1 November 2018 bertempat di Shah Alam Convention Centre dan telah dihadiri oleh 300 peserta terdiri daripada wakil majikan agensi kerajaan dan swasta.
- Sistem i-Asuh iaitu sistem yang menyenaraikan pengasuh dan pengasuh berdaftar di Negeri Selangor. Sistem akan diakses oleh orang awam bagi memberi pilihan kepada ibu bapa dalam mendapatkan maklumat pengasuh kanak-kanak di lokaliti masing-masing. Sistem ini masih dalam proses pembangunan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) sejak Jun 2019 dan dijangka siap pada November 2019.
- Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan Geran Penubuhan TASKA Tempat Kerja 2019 bagi penubuhan TASKA Tempat Kerja Awam (TTKA). 12 agensi Kerajaan Negeri Selangor yang telah diluluskan geran TTKA berjumlah RM1,605,200.00 seperti berikut:
BIL AGENSI RM Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang 165,000 Hospital Banting 180,000 Hospital Kajang 145,000 Hospital Serdang 200,000 Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam 186,300 Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu 165,000 Taman Sinar Harapan Ziyad Zolkefli, Cheras 100,000 Pejabat Daerah/Tanah Klang 110,000 Maktab Koperasi Malaysia 62,400 Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 130,000 Agensi Nuklear Malaysia 200,000 Pusat Koreksional Puncak Alam 69,000 JUMLAH 1,605,200 JKM Negeri Selangor sentiasa menjalankan pemantauan terhadap TASKA berdaftar bagi memastikan semua TASKA dalam keadaan selamat untuk kanak-kanak. Bagi tempoh Januari hingga Jun 2019, sejumlah 133 kali sesi pemantauan terhadap TASKA berdaftar telah dijalankan. Jumlah sesi pemantauan mengikut daerah/kawasan adalah seperti di bawah:
BIL DAERAH / KAWASAN BIL. TASKA BERDAFTAR BIL. PEMANTAUAN TASKA (JAN-JUN 2019)
1 Gombak 86 14 2 Hulu Langat 148 5 3 Hulu Selangor 22 6 4 Klang 82 9 5 Kuala Langat 41 11 6 Kuala Selangor 27 6 7 Petaling 79 31 8 Sabak Bernam 7 3 9 Sepang 98 9 10 Shah Alam 81 16 11 Subang Jaya 85 23 JUMLAH 756 133