Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
105) PROGRAM JOBCARE SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan peranan Jobcare Selangor.
Jelajah Jobcare Bersama Pertubuhan Kebajikan Sosial (PERKESO) anjuran Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) di bawah Jawatankuasa Pemberdayaan Pekerja adalah merupakan usahasama Kerajaan Negeri Selangor dan PERKESO khusus dalam membantu rakyat B40 yang telah kehilangan pekerjaan semasa penularan wabak pandemik Covid-19 untuk mencari sumber pendapatan alternatif dan pekerjaan baru. Program ini dianjurkan adalah selaras dengan objektif penubuhan UPPS bagi membantu mengaktifkan semula ekonomi para pekerja yang terjejas dalam menjana pendapatan di samping menerokai peluang – peluang pekerjaaan yang baharu. Selain itu, program ini juga adalah merupakan salah satu strategi Kerajaan Negeri dalam usaha membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan serta mengalami hilang upaya untuk kembali bekerja semula. Program ini turut diadakan bagi membantu Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama PERKESO Negeri Selangor dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran yang meningkat di negeri ini disamping menyumbang ke arah peningkatan produktiviti negara.
-
Berapakah orang telah berjaya mendapat pekerjaan melalui Jobcare Selangor?
Program Jelajah Jobcare ini telah diadakan di tujuh (7) daerah di negeri Selangor dengan lapan (8) pelaksanaan program dan melibatkan penyertaan sebanyak 50 majikan dari pelbagai industri. Dalam pada itu daripada 1,495 pengunjung keseluruhan di kesemua program, seramai 892 peserta telah dikenalpasti berjaya mendapat pekerjaan dalam pelbagai bidang.
-
Berapakah anggaran yang masih kehilangan kerja di Selangor?
Anggaran kasar rakyat di negeri Selangor yang masih kehilangan kerja yang direkod adalah lebih kurang dalam lingkungan anggaran 104,000 orang.