Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
54) PROGRAM JELAJAH EHSAN RAKYAT
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Memandangkan program Jelajah Ehsan Rakyat mendapat sambutan menggalakkan, tidakkah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menyambung program ini dan menjadikannya sebagai program teras yang boleh disangkutkan pelbagai khidmat lain yang ingin ditawarkan atau disampaikan oleh Kerajaan Negeri kepada rakyat secara meluas?
Untuk makluman, objektif utama perlaksanaan JER adalah untuk meringankan beban rakyat Selangor khususnya golongan 840 serta berpendapatan rendah yang berdepan dengan kenaikan harga makanan asas. Program seumpama ini adalah satu penyelesaian jangka masa
Buat masa ini, JER belum dicadang sebagai program teras memandangkan ia merupakan bantuan subsidi bersasar dan memerlukan jumlah perbelanjaan yang sangat tinggi.
JER bagaimanapun komited untuk terus berada di setiap lokasi program teras anjuran Kerajaan Negeri seperti Jelajah Selangor Penyayang dan Karnival Kepenggunaan.