Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

240) PROGRAM JELAJAH EHSAN RAKYAT

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah DUN yang telah menjalankan Program Jelajah Ehsan Rakyat?

    Program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) telah menjelajah ke 53 DUN sejak 6 September lalu. Hanya tiga DUN yang masih belum menjalankan program JER iaitu Seri Kembangan, Selat Klang dan Bandar Baru Klang.

  2. Apakah perbelanjaan atau peruntukan yang telah dibelanjakan setakat ini?

    Setakat 30 Oktober lalu, sebanyak RM2,825,314.20 nilai subsidi yang telah dibelanjakan bagi program JER manakala untuk perbelanjaan logistik, sebanyak RM3.8 juta telah dibelanjakan sehingga tarikh ini, merangkumi kos operasi iaitu logisik, sewaan lori, tenaga pekerja dan promosi.

Lampiran

Tiada Lampiran.