Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

187) PROGRAM JELAJAH EHSAN RAKYAT

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakan kerajaan dan PKPS mendapatkan bahan-bahan makanan dengan harga yang begitu rendah di mana apakah perbelanjaan keseluruhan yang ditanggung oleh PKPS dan adakah PKPS mampu menjana pulangan daripada aktiviti ini?

    PKPS berupaya mendapatkan produk jualan pada harga rendah memandangkan terdapat hubungan yang baik dengan rangkaian pembekal seperti di Pasar Borong Selangor dan rangkaian hypermarket di seluruh negeri Selangor untuk barangan kering. Bagi produk seperti beras dan minyak, PKPS mempunyai perbekalan sendiri dengan menggunakan jenama Ehsan. Perbelanjaan keseluruhan yang ditanggung oleh PKPS bagi program Jelajah Ehsan Rakyat adalah sebanyak RM12 juga. Untuk makluman, PKPS hanya mampu menjana pulangan yang sangat minimum bagi Program Jelajah Ehsan Rakyat.

Lampiran

Tiada Lampiran.