Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

294) PROGRAM INTENSIF GOLONGAN NELAYAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan negeri menyediakan program intensif untuk meningkatkan pendapatan golongan nelayan di Selangor?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan Negeri Selangor ada menyediakan program intensif dan insentif untuk golongan nelayan seperti berikut :-

    1. Program intensif :-
      1. Pengezonan semula zon kawasan perairan
      2. Penguatkuasaan mata keroncong pukat tunda
    • Penggunaan MAED bagi pukat tunda udang
    1. Pengwujudan zon
    2. Program peningkatan pendapatan nelayan tradisional melalui projek kluster ternakan kerang.
    3. Program insentif :-
      1. Peningkatan elaun sara
      2. Program insentif pendaratan ikan
  2. Senaraikan program bantuan yang telah dilaksanakan kepada golongan nelayan pada tahun 2014?

    Sepanjang tahun 2014, Kerajaan Negeri telah menyediakan Program Bantuan Nelayan yang berbentuk bantuan peralatan seperti bantuan enjin sangkut, sampan, jaring dan alatan keselamatan kepada seramai 629 orang.

Lampiran

Tiada Lampiran.