Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

191) PROGRAM INTEGRASI KAUM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Perpaduan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah program-program integrasi kaum yang telah dilaksanakan di Selangor berdasarkan hala tuju dan garis panduan Kementerian Perpaduan Negara?

    Konsep Madani adalah iltizam Perdana Menteri Malaysia Ke-10, Y.A.B. Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan hasrat pentadbiran negara yang lebih berkesan. Empat (4) agenda utama yang digariskan madani ialah menumpukan kepada penyelesaian masalah, memenuhi keperluan semasa negara, menyentuh pencorak masa depan serta memenuhi potensi rakyat dan negara.

    Pendekatan utama madani adalah melihat kepada kebolehhubungan enam nilai iaitu kemampanan; kesejahteraan; daya cipta; keyakinan; hormat dan ihsan yang menjadikan dasar-dasar kerajaan lebih bersikap kemanusiaan serta membuka peluang penambahbaikan berterusan melalui maklum balas rakyat dari akar umbi.

    Justeru, Kementerian Perpaduan Negara telah melancarkan Kembara Perpaduan Malaysia Madani pada 1 Mac 2023 sebagai program flagship yang menerajui inisiatif di bawah Agenda Perpaduan Nasional dengan matlamat menyebarluas pengetahuan, kefahaman dan penghayatan terhadap usaha-usaha kerajaan dalam membangunkan Malaysia Madani.

    Kembara Perpaduan Malaysia Madani mempunyai 3 kluster program iaitu :

     

    • Semarak Kenegaraan;
    • Semarak Perpaduan; dan
    • Komuniti Rahmah

     

    Setiap program yang dilaksanakan, Jabatan mewajibkan penyertaan daripada pelbagai kaum yang pasti akan berlaku interaksi sosial secara tidak langsung berlakunya integrasi kaum program-program integrasi kaum yang telah dilaksanakan di Selangor berdasarkan hala tuju dan garis panduan Kementerian Perpaduan Negara berlandaskan kepada Konsep Madani adalah seperti berikut:

     

    1. PROGRAM RTCARES DAERAH KUALA LANGAT pada 27 Januari 2023 di KRT Bukit Changgang, Daerah Kuala Langat.

     

    1. PELANCARAN PROGRAM PEMERKASAAN PROJEK EKONOMI KOMUNITI RUKUN TETANGGA : KEMPEN KITAR SEMULA MINYAK MASAK TERPAKAI pada 30 Januari 2023 di KRT Ivory 1, Blok 6, Bandar Tasik Puteri, Daerah Gombak.

     

    • PROGRAM GERAK RAHMAH – JOM SIHAT PERINGKAT NEGERI SELANGOR pada 25 Februari 2023, di Padang Permainan Fasa 3, Bandar Utama Batang Kali Daerah Hulu Selangor.

     

    1. PROGRAM HARMONI 2023 PERINGKAT NEGERI SELANGOR pada 26 Februari 2023, di Kompleks Penyayang Bakti, Bandar Sri Damansara, Daerah Petaling.

     

    1. PROGRAM GERAK RAHMAH JOM RONDA SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS) PERINGKAT NEGERI SELANGOR pada 17 Mac 2023 di KRT Blok 2, Bandar Tasik Puteri Daerah Gombak.

     

    1. PROGRAM GERAK RAHMAH 2023 – JOM MASAK BUBUR LAMBUK PERINGKAT NEGERI SELANGOR pada 1 April 2023 di KRT Blok 4 Desa Mentari, Daerah Petaling.

     

    • CHIT CHAT BELIA MADANI : BERSEDIAKAH KITA? pada 17 April 2023 di UITM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam, Daerah Kuala Selangor.

     

    • PROGRAM TOWNHALL WARGA JPNIN SELANGOR BERSAMA KETUA PENGARAH JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL pada 13 Mei 2023 di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abul Aziz Shah Alam.

     

    1. SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN 2023 PERINGKAT NEGERI SELANGOR pada 27 Mei 2023 di Taman Tasik Shah Alam.

     

    1. SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN 2023 PERINGKAT NEGERI SELANGOR (PENUTUP) pada 28 Mei 2023 di Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi, Daerah Hulu Langat.

     

    1. KURSUS PENGURUSAN STRESS JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRITI NASIONAL, NEGERI SELANGOR SIRI 1 / 2023 pada 30 Mei 2023 hingga 1 Jun 2023 di Akademi Bomba Wilayah Utara (FRAM), Tronoh, Perak.

     

    • KURSUS PENGURUSAN STRESS JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRITI NASIONAL, NEGERI SELANGOR SIRI 2 / 2023 pada 7 hingga 9 Jun 2023 di Akademi Bomba Wilayah Utara (FRAM), Tronoh, Perak.

     

    • PROGRAMGERAK RAHMAH 2023: JOM BERSIH DAN INDAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR pada 24 Jun 2023 di Pantai Klanang, Daerah Kuala Langat.

     

    • KURSUS PENGURUSAN STRESS JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRITI NASIONAL, NEGERI SELANGOR SIRI 2 / 2023 pada 7 hingga 9 Jun 2023 di Akademi Bomba Wilayah Utara (FRAM), Tronoh, Perak.

     

    1. PROGRAM TUISYENKAMI NEGERI SELANGOR pada September 2023 hingga Januari 2024 di KRT Sri Serdang, Daerah Petaling, KRT Taman Impian Ehsan, Daerah Hulu Langat dan KRT Kasturisari, Presint 14, Bandar Sungai Buaya, Daerah Hulu Selangor.

     

    • PROGRAM SEMARAK HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 PERINGKAT NEGERI SELANGOR pada 9 September 2023 di Aeon Mall, Bukit Raja, Daerah Klang.

     

    • PERTANDINGAN PANTUN PERPADUAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2023 pada 12 hingga 15 September 2023 di SMK Bandar Utama Damansara 4, Daerah Petaling.

     

    • LIGA SUKAN UNITI – BOLA JARING PERINGKAT NEGERI SELANGOR pada 16 September 2023 di Stadium Panasonic Shah Alam.

     

    • LIGA SUKAN UNITI – BADMINTON PERINGKAT NEGERI SELANGOR pada 24 September 2023 di Dewan Arena Lee Chong Wei Jalan Klang Lama.

     

    1. LIGA SUKAN UNITI – BOLA KERANJANG PERINGKAT NEGERI SELANGOR pada 30 September 2023 di Dewan Serbaguna Bukit Tinggi, Daerah Klang.

     

    • LIGA SUKAN UNITI – FUTSAL PERINGKAT NEGERI SELANGOR pada 30 September 2023 di ROF Subang Elite, Daerah Petaling.

     

    • PROGRAM GERAK RAHMAH 2023 : JOM GERAK MUHIBAH PERINGKAT KEBANGSAAN pada 23 September 2023 di KRT Kasturisari, Presint 14, Bandar Sungai Buaya, Daerah Hulu Selangor.

     

    • PROGRAM JIRANKU KELUARGAKU PERINGKAT DAERAH KUALA LANGAT pada 7 dan 8 Oktober 2023 di KRT Kg Endah, Daerah Kuala Langat.

     

    • PROGRAM INTEGRASI SOSIAL ANTARA KOMUNITI (INSAN) PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2023 pada 29 Oktober 2023 di KRT Taman Pandan Mewah, Daerah Hulu Langat.

     

    • PROGRAM KENALI BUDAYA KITA TAHUN 2023 PERINGKAT NEGERI SELANGOR pada 1 November 2023 di Kompleks Sekolah Wawasan, USJ 15, Subang, Daerah Petaling.

     

    Semua program yang dilaksanakan oleh jabatan adalah berdasarkan kepada suasana iklim perpaduan masa kini yang menjurus ke arah pemupukan integrasi nasional dan keharmonian kaum.

Lampiran

Tiada Lampiran.