Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

96) PROGRAM INTEGRASI KAUM

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi merapatkan hubungan antara kaum?

    Usaha Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri bagi merapatkan hubungan kaum di Negeri Selangor ini adalah dengan memperbanyakkan penubuhan Kawasan Rukun Tetangga di kawasan-kawasan perumahan yang terdiri daripada berbilang kaum.

     

    Sehingga 30 Julai 2009, sebanyak 584 Kawasan Rukun Tetangga telah diwujudkan di seluruh Negeri Selangor. Pecahan Kawasan Rukun Tetangga mengikut daerah adalah seperti di Lampiran.

  2. Nyatakan program-program yang diadakan bagi tujuan tersebut dan kawasan yang diadakan.

    Terdapat banyak program yang dijalankan bagi tujuan tersebut di kawasan-kawasan Rukun Tetangga yang merangkumi aspek dari bidang kesihatan dan alam sekitar, keselamatan, kebudayaan, agama, sosial, pendidikan, sukan dan rekreasi, dan ekonomi.

  3. Apakah tahap keberkesanannya dan bagaimana ia diukur?

    Tiada kayu pengukur untuk menentukan tahap keberkesanan sesuatu program dan aktiviti yang dijalankan. Selagi ia dijalankan dan mendapat sambutan serta perhatian dari masyarakat setempat dan melibatkan penyertaan seluruh kaum ai sudah pasti dapat dijalankan secara berterusan.

    Lampiran

    PECAHAN KAWASAN RUKUN TETANGGA MENGIKUT DAERAH

     

    BIL   DAERAH   JUMLAH RUKUN TETANGGA
    1 Petaling     128
    2 Hulu Langat     136
    3 Klang     92
    4 Gombak     85
    5 Kuala Selangor     26
    6 Kuala Langat     20
    7 Sepang     25
    8 Hulu Selangor     49
    9 Sabak Bernam     23
          Jumlah 584

Lampiran

Tiada Lampiran.