Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
208) Program Insentif Generasi Muda (IGEMS)
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan pendaftar iGems sejak permohonan dibuka?
Jumlah permohonan Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) adalah sebanyak 1,561 pasangan (3,122 orang). Jumlah tersebut berdasarkan permohonan yang dibuat oleh pemohon secara atas talian dari 18 November 2019 sehingga 1 Mac 2020 bagi 10 siri kursus yang telah dijadualkan dari Januari 2020 sehingga Julai 2020.
-
Apakah pembaikan Kerajaan Negeri terhadap program ini?
Buat masa ini masih tiada sebarang perancangan penambahbaikan bagi program ini di masa akan datang. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri akan sentiasa memikirkan mana – mana kaedah yang terbaik dalam pelaksanaan program ini.