Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

59) PROGRAM INSAN DI BAWAH EXCO PENDIDIKAN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyak Program INSAN yang telah dilaksanakan pada tahun 2016

    Program INSAN merupakan salah satu platform Kerajaan Negeri bagi melaksanakan dasar bina insan yang bertujuan untuk melahirkan rakyat yang berkualiti. Oleh itu, Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Pembangunan Modal Insan bermula bulan Januari hingga Oktober 2016 telah berjaya melaksanakan sebanyak 138

  2. Berapa ramai peserta yang telah mengikuti Program INSAN tahun 2016

    Manakala peserta yang telah mengikut Program INSAN ini bermula Januari hingga 19 Oktober 2016 adalah seramai 6,088 orang melibatkan kategori peserta seperti remaja, belia, pelajar IPT, warga pendidik, penjawat awam, pimpinan masyarakat, keluarga, skuad INSAN, briged wanita dan

  3. Berapa kos keseluruhan Program INSAN di sepanjang tahun 2016?

    Anggaran kos keseluruhan untuk pelaksanaan Program INSAN tahun 2016 bermula Januari hingga 19 Oktober 2016 adalah berjumlah RM2,605,148.49.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.