Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
16 Mac 2020 - 17 Mac 2020
182) PROGRAM INISIATIF PEDULI RAKYAT TAHUN 2019
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk Program-Program Inisiatif Peduli Rakyat Bagi Tahun 2019?
Sebanyak RM 560,934,170.48 bersamaan dengan 93.01% telah dibelanjakan daripada peruntukan yang diterima daripada Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan Program-Program Inisiatif Peduli Rakyat Sepanjang Tahun 2019.
-
Senaraikan secara terperinci setiap program.
Program-Program Inisiatif Peduli Rakyat yang menerima peruntukan Kerajaan Negeri bagi pelaksanaan sepanjang tahun 2019 adalah seperti perincian berikut:
BIL. PROGRAM PERUNTUKAN (RM) PERBELANJAAN (RM) 1 Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) 72,000,000.00 51,602,302.66 2 Bas Smart Selangor 29,800,000.00 29,780,701.20 3 Bekalan Air Percuma 20 Meter Padu Pertama 168,075,000.00 167,979,896.93 4 WiFiSmart Selangor 16,292,532.00 9,315,858.57 5 Bantuan Kebajikan Masyarakat (Bantuan Am) 16,488,632.40 14,300,583.18 6 Pengecualian Cukai Pintu dan Fi Lesen Tidak menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Negeri 7 Bantuan Bina dan Baiki Rumah (Kerajaan Prihatin) 1,000,000.00 827,159.81 8 Program Pemberian Bantuan Baucer untuk Rakyat Miskin Bersempena Perayaan 8,400,000.00 8,292,500.00 9 Skim Peduli Sihat 42,500,000.00 40,341,123.52 10 Panel Dialisis Sihat Selangor 4,500,000.00 3,602,290.00 11 Bantuan Sihat Selangor 500,000.00 1,174,435.00 12 Skim Kesihatan Wanita (MammoSEL) – 812,515.00 13 Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) 25,000,000.00 25,000,000.00 14 Skim Bantuan Asuhan Rakyat (ASUH PINTAR) 735,000.00 734,280.00 15 Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) 3,138,381.00 3,088,726.00 16 Skim Mesra Usia Emas (SMUE) 25,036,560.20 25,036,550.20 17 Insentif Perkahwinan Belia 812,500.00 1,050,500.00 18 Perpustakaan Bergerak Smart Selangor 750,000.00 750,000.00 19 Program Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang 2,000,000.00 2,059,286.00 20 Program Khas Peduli Siswa 16,600,000.00 6,804,711.60 21 Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor (Tabung Kumpulan Wang Biasiswa) 16,600,000.00 21,956,999.06 (peruntukan lebihan adalah daripada bayaran pinjaman balik oleh peminjam) 22 Program Tuisyen Rakyat Selangor 5,960,858.00 1,106,000.00 23 Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor 24,000,000.00 23,719,000.00 24 Hadiah Pengajian IPT 2,458,000.00 2,458,000.00 25 IKTISASS 24,509,200.00 7,405,982.40 26 Latihan Usahawan IT (SITEC) 6,000,000.00 535,023.00 27 Skim Hijrah Selangor 25,000,000.00 66,088,000.00(peruntukan lebihan adalah daripada bayaran pinjaman balik oleh peminjam) 28 Dana Usahawan Mikro Selangor 2,917,832.50 2,715,400.85 29 Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan 2,000,000.00 1,613,750.00 30 Skim Smart Sewa 50,000,000.00 30,900,000.00 31 Skim DanaSel Tidak menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Negeri 32 Skim Rumah Selangorku Tidak menggunakan peruntukan daripada Kerajaan Negeri 33 Skim Ceria (Mengecat Rumah, baiki lif) 10,000,000.00 9,882,595.50 JUMLAH (RM) 603,074,496.10 560,934,170.48 -
Apakah program-program yang tidak dapat dilaksanakan serta puncanya?
Sebanyak 2 program IPR yang tidak dapat dilaksanakan daripada 33 program IPR yang telah dijajarkan pada tahun 2019. Berikut merupakan program-program yang tidak dapat dilaksanakan berserta puncanya:
BIL. PROGRAM IPR PUNCA TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN PADA TAHUN 2019 1. Insentif Perkahwinan Belia Insentif Perkahwinan Belia telah dihentikan pada 1 September 2018 dan penjajaran semula telah dibuat pada tahun 2019. Program untuk belia ini telah dijajarkan daripada pemberian wang insentif semata-mata kepada konsep pelaksanaan kursus kekeluargaan berserta wang insentif. Program dinamakan Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) telah dibuka pendaftaran bermula 18 November 2019 dan pelaksanaan kursus bermula 22 Januari 2020. Konsep iGems adalah pemberian insentif RM300 dengan mewajibkan pasangan suami dan isteri hadiri kursus kekeluargaan yang dikendalikan oleh LPPKN. 2. Skim Rent To Own Tiada peruntukan pada tahun 2019 disebabkan peruntukan Pembangunan One-Off pada tahun 2016 sejumlah RM 1.68 juta telah dibelanjakan bagi pembelian sebanyak 100 unit perumahan Kos Rendah kepada penduduk setinggan di Seksyen 16, Shah Alam.