Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

156) PROGRAM INISIATIF BANTUAN BAIKPULIH SEKOLAH TAHUN 2024

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mohon senaraikan jumlah sekolah yang telah diluluskan permohonan tersebut bersama jumlah peruntukan yang diterima di DUN Dusun Tua.

    Kerajaan Negeri Selangor dalam Belanjawan 2024 telah menyediakan peruntukan kewangan berjumlah RM26.5 Juta bagi Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor yang merupakan program bantuan kepada sekolah di negeri Selangor bagi membaikpulih infrastruktur sekolah dalam membantu menyediakan persekitaran yang selamat dan kondusif. Sebanyak 825 buah sekolah telah diluluskan permohonan dan selesai disalurkan kepada sekolah pada Disember 2024.

    Penyaluran Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor turut tidak terkecuali bagi DUN Dusun Tua. Sebanyak 21 buah sekolah dengan jumlah RM448,000.00 (Empat Ratus Empat Puluh Lapan Ribu Sahaja) telah berjaya disalurkan bagi DUN Dusun Tua pada tahun 2024 seperti berikut:-

    BIL. JENIS SEKOLAH NAMA SEKOLAH JUMLAH PENYALURAN TAHUN 2024

    (RM)

    1. Sekolah Agama Rakyat Kafa Integrasi Al Falah Pinggiran Delima 20,000.00
    2. Sekolah Agama Rakyat Kafa Integrasi Markas Briged Tengah Pga 25,000.00
    3. Sekolah Agama Rakyat Kafai Batu 20 (Kampung Padang) 20,000.00
    4. Sekolah Agama Rakyat Kafai Ibni Abdillah 20,000.00
    5. Sekolah Agama Rakyat Kafai Kg Sg Serai 20,000.00
    6. Sekolah Agama Rakyat Maahad Tahfiz Az Zahrah 20,000.00
    7. Sekolah Agama Rakyat Maahad Tahfiz Miftahul Ulum 20,000.00
    8. Sekolah Agama Rakyat Maahad Tarbiah Islam Asoffa 20,000.00
    9. Sekolah Agama Rakyat Madrasah Tahfiz Raudhatul Huffaz 20,000.00
    10. Sekolah Agama Rakyat Mutiara Integrated Secondary School 20,000.00
    11. Sekolah Agama Rakyat Raudhoh Tahfidz  Al-Quran 20,000.00
    12. Sekolah Agama Rakyat Raudoh Al-Quran Tahfiz Integrasi 20,000.00
    13. Sekolah Agama Rakyat SAM Hulu Langat 25,000.00
    14. Sekolah Agama Rakyat Sekolah Rendah Agama Batu 18 20,000.00
    15. Sekolah Agama Rakyat Sekolah Rendah Agama Pekan Hulu Langat 25,000.00
    16. Sekolah Agama Rakyat Sekolah Rendah Agama Sungai Lui 20,000.00
    17. Sekolah Agama Rakyat SRA Sungai Tekali 20,000.00
    18. Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Dusun Nanding 14,000.00
    19. Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Abdul Jalil Hulu Langat 14,000.00
    20. Sekolah Kebangsaan SK Taman Cuepacs 15,000.00
    21. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina  

    SJK(C) Batu 9 Cheras

     

    50,000.00
    JUMLAH KESELURUHAN 448,000.00

     

    Kerajaan Negeri akan terus membantu anak-anak di Negeri Selangor untuk mendapat suasana pembelajaran yang baik bagi menarik minat dan motivasi untuk ke sekolah, dan seterusnya meningkatkan kadar literasi dan numerasi selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri melahirkan anak-anak Selangor yang berjaya pada masa hadapan.

Lampiran

Tiada Lampiran.