Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
173) PROGRAM IMPAK PENGASUH DI RUMAH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Jelaskan strategi pelaksanaan program IMPAK bagi tahun 2024.
Antara strategi pelaksanaan program IMPAK Selangor bagi tahun 2024 adalah mensasarkan 1,000 orang pengasuh di rumah bagi megikuti kursus asas pengasuhan. YAWAS juga menrangka sebanyak 20 siri kursus akan dilaksanakan sekitar Negeri Selangor.
YAWAS juga telah melantik 4 Agensi berkaitan Early Childcare And Childhood Education (ECCE) sebagai pengendali kursus bertauliah antaranya adalah:
- Persatuan Taska Tadika & Pusat Jagaan Selangor (PTPJS)
- Asuh Fitrah Training & Consultancy
- Universiti Selangor (UNISEL)
- Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-kanak Berdaftar Malaysia (PPBM)
Dalam menjayakan program ini, pihak YAWAS juga telah menjalinkan kerjasama sebagai rakan strategik bersama pihak Merdeka Center yang dilantik sebagai secretariat IMPAK bagi pencarian peserta program ini. Satu sistem aplikasi juga turut dibangunkan bagi memudahkan peserta membuat pendaftaran dan juga dapat memaparkan maklumat peserta yang telah mengikuti kursus untuk carian pengasuh oleh ibu bapa di Selangor. Paling utama, YAWAS akan menyediakan geran yang bernilai RM2,000 kepada 200 orang peserta terpilih yang telah mengikuti kursus IMPAK ini.
-
Berapakah bilangan surirumah yang telah menerima manfaat dari program IMPAK dan berapakah jumlah yang menerima geran?
Sehingga Oktober 2024, sebanyak 16 siri kursus telah dianjurkan dan seramai 739 pengasuh telah hadir dan mengikuti kursus IMPAK ini. Walaubagaimanapun, buat masa ini penerima geran masih belum ditentukan. Seramai 200 peserta akan dipilih sebagai penerima geran dan dijangkakan bulan Disember ini pemilihan akan dilakukan setelah selesai semua siri kursus IMPAK Selangor dilaksanakan.
-
Dari jumlah peserta IMPAK, berapakah yang masih aktif menjalankan aktiviti pengasuhan di rumah?
Untuk makluman, YAWAS bersama rakan strategik iaitu pihak Merdeka Center akan sentiasa tindakan susulan untuk mengenalpasti pengasuh yang aktif dan tidak aktif. Berdasarkan data yang diperolehi, seramai 668 peserta IMPAK Selangor yang telah hadir kursus masih menjalankan aktiviti pengasuhan dan hanya 6% iaitu 71 peserta tidak lagi aktif mengasuh.