Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

345) PROGRAM ILTIZAM SELANGOR SIHAT (PEDULI SIHAT)

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah penerima Skim Iltizam Selangor Sihat yang terkini?

    Sehingga 19 Jun 2024, jumlah penerima Skim Iltizam Sihat Selangor (ISS) adalah seramai 23,482 orang.

  2. Senaraikan jumlah penerima mengikut pecahan skim di bawah program Skim Iltizam Sihat Selangor untuk tahun 2024.

    Jumlah penerima program Skim Iltizam Sihat Selangor mengikut pecahan skim untuk tahun 2024 adalah seperti berikut :

    No Skim Jumlah Ahli 
    1 Plan Individu 9,126
    2 Plan Keluarga 14,356
      Jumlah 23,482

Lampiran

Tiada Lampiran.