Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

193) PROGRAM ILTIZAM SELANGOR SIHAT (PEDULI SIHAT)

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini dan jumlah penerima terbaru ISS selepas dikemaskini bagi tahun 2024?

    Jumlah keseluruhan penerima Program Iltizam Selangor Sihat (ISS) sehingga 31 Januari 2024 adalah berjumlah 421 ahli. Buat masa ini, Kerajaan Negeri Selangor melalui Selcare Management Sdn. Bhd. selaku agensi pelaksana Program ISS dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) dalam usaha meningkatkan pendaftaran baharu bagi memastikan kuota Program ISS Tahun 2024 sebanyak 100,000 orang penerima dapat dipenuhi.

  2. Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menaikkan had pendapatan isi keluarga bagi memperluaskan lagi liputan ISS di kalangan rakyat Selangor?

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri Selangor tidak bercadang meningkatkan had pendapatan bulanan bagi penerima ISS iaitu RM3,000 sebulan bagi kategori. Walau bagaimanapun, bagi pemohon yang tidak menepati syarat pendapatan, namun mempunyai isu seperti ahli keluarga yang mempunyai pesakit kronik, pihak ADUN atau Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) boleh mempertimbangkan permohonan tersebut sebelum dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi untuk proses kelulusan.

Lampiran

Tiada Lampiran.