Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

343) PROGRAM ILTIZAM SELANGOR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah data terpeinci jumlah penerima program Kerajaan Negeri pada tahun 2024/2025 yang terkini mengikut kaum dan DUN/ADN di Selangor?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Sebagai makuman Ahli Yang Berhormat Batang Kali, Kerajaan Negeri sangat prihatin terhadap golongan berpendapatan rendah dan telah mengetengahkan prinsip kepedulian, kasih sayang serta semangat kemanusiaan merentasi kaum, agama dan jantina tanpa mengira lapisan umur dalam usaha memenuhi keperluan semasa untuk dimanfaatkan oleh rakyat di Selangor yang berkelayakkan melalui Program iltizam Selangor Penyayang (ISP).

    Secara kebiasaannya, keperluan pelaporan data bagi setiap program di bawah Iltizam Selangor Penyayang (ISP) adalah berbeza dan tidak seragam antara satu program dengan yang lain. Hal ini disebabkan oleh tujuan setiap program yang dijalankan di bawah ISP yang mempunyai fokus, sasaran, dan metodologi yang berlainan.

    Sebagai makluman juga, program ISP ini juga dipantau secara berkala oleh Pentadbiran ini selaku penyelaras program ISP agar ianya dapat memastikan pelaksanaan setiap program berjalan dengan lancar, efektif dan menepati sasaran yang ditetapkan. Pemantauan berkala ini turut dilaksanakan dengan kerjasama dengan Cawangan Pengurusan Strategik (Selangor Implementation and Performance Monitoring -SIAP) yang berperanan memastikan keberkesanan pelaksanaan program dengan menilai data-data yang berkaitan seperti peruntukan tahunan, perbelanjaan dan penerima bantuan.

    Walau bagaimanapun, terdapat data untuk setiap program seperti peruntukan dan perbelanjaan yang tidak diperuntukkan mengikut DUN atau jantina yang khusus kerana ke semua program ISP adalah terbuka dan boleh diakses serta memberi peluang yang sama rata kepada individu yang layak.

    Data jumlah penerima bagi setiap program ISP mengikut kaum dan DUN serta peruntukan kewangan bagi tahun 2024 dan 2025 boleh diakses melalui kod QR yang disertakan. Ini berikutan kerana data berkenaan adalah sangat besar dan panjang serta menjadikannya tidak praktikal untuk dilampirkan bersama.

  2. Berapakah jumlah peruntukan kewangan, koata atau pembahagian dan penerima bantuan program Kerajaan Negeri mengikut DUN pada tahun 2024/2025 yang terkini?

Lampiran

Tiada Lampiran.