Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
266) PROGRAM ILTIZAM SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah semua program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor atau Iltizam Selangor masih diteruskan sehingga kini?
Sebagai makluman Ahli Yang Berhormat Sijangkang, Program Merakyatkan Ekonomi Selangor atau lebih mesra dipanggil Program MES telah mula diperkenalkan pada tahun 2008 dan telah dijenamakan semula kepada Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) pada tahun 2017. Bermula tahun 2022 dengan mendokong tujuan yang sama iaitu untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat, program-program berkenaan telah diteliti semula dan telah diberikan nilai tambah untuk memberdayakan lagi rakyat dengan menzahirkan sebagai Program Iltizam Selangor Penyayang (ISP).
Sehingga kini, terdapat sebanyak 46 program ISP yang masih diteruskan dengan lebih mengetengahkan konteks kepedulian, penyayang dan semangat kemanusiaan yang lebih luas tanpa mengira kaum dari segenap lapisan umur.
Terdapat enam (6) kluster yang merangkumi pelbagai aspek keperluan kehidupan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri seperti berikut:-
-
Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk program pemberian air percuma sepanjang penggal yang lalu?
Jumlah keseluruhan pembiayaan di bawah Skim Air Darul Ehsan (SADE) bagi tahun 2020 sehingga 2023 adalah berjumlah RM133.5 juta dengan pecahan mengikut tahun seperti berikut: