Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

192) PROGRAM ILTIZAM SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status dan pencapaian terkini Program Iltizam Selangor?

    Untuk makluman ahli Yang Berhormat Sijangkang, pada tahun 2023  sebanyak empat puluh enam (46) program Iltizam Selangor Penyayang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri dengan lebih banyak mengetengahkan konteks kepedulian, penyayang dan semangat kemanusiaan dengan lebih luas tanpa mengira kaum dari pelbagai lapisan umur dalam memenuhi keperluan semasa untuk dimanfaatkan oleh rakyat di Selangor. Status terkini bagi pelaksanaan program ISP kepada rakyat Selangor yang berpeluang untuk menikmati manfaat berdasarkan kepada bilangan penerima manfaat bagi tiga (3) tahun terakhir adalah seperti Lampiran A.

  2. Adakah sebarang bentuk kajian telah diambil bagi tujuan penambahbaikan terhadap program-program yang telah berjalan semenjak tahun 2008?

    Bagi mempertingkatkan lagi tahap keberkesanan dalam perkhidmatan penyampaian kepada rakyat khususnya di Selangor, Kerajaan Negeri telah mengenalpasti empat (4) program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) yang telah melaksanakan kajian penambahbaikan sepanjang pelaksanaannya seperti Jadual di bawah:-

    Bil

    Nama Program

    Tahun Pelaksanaan Kajian

    1. Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS)

    2016

    2. Program Bantuan Blueprint Pembasmian

    Kemiskinan Negeri

    2016

    3. Iltizam Anak Istimewa Selangor (AnIS)

    2022

    4. Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor

    (BINGKAS)

    Julai 2023