Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

186) PROGRAM ILTIZAM NEGERI SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan status prestasi Program Iltizam Negeri Selangor untuk 3 tahun terakhir.

    Sebagai makluman ahli Yang Berhormat Sijangkang, Program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) adalah program yang diberi nafas baru setelah penambahbaikan dilakukan pada tahun 2022 dengan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 45 program. Terdahulu program-program ini lebih dikenali sebagai Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dengan jumlah program sebanyak 33 telah memberi banyak manfaat kepada seluruh rakyat Selangor.

    Kerajaan Negeri kini memastikan supaya Program ISP yang disediakan ini akan lebih banyak mengetengahkan konteks kepedulian, penyayang dan semangat kemanusiaan dengan lebih luas tanpa mengira kaum dari segenap lapisan umur selaras dengan slogan Selangor Penyayang serta memenuhi keperluan semasa untuk dimanfaatkan oleh rakyat di Selangor. Sehingga kini, rakyat Selangor berpeluang untuk menikmati manfaat dari Program ISP dan prestasi bagi penerima manfaat bagi 3 tahun terakhir adalah seperti di Lampiran A.

Lampiran

Tiada Lampiran.