Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
218) PROGRAM ILTIZAM
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor boleh mengekalkan syarat program ILTIZAM seperti program TAWAS sebelum ini kerana hospital yang terdekat dengan penduduk di kawasan DUN Sungai Pelek adalah Hospital Seremban dan Hospital Putrajaya.
Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Pelek, Program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) telah diperkenalkan pada tahun 2008 oleh Kerajaan Negeri dan mendapat sambutan dan keahlian yang memberangsangkan dengan jumlah keahlian seramai 365,920 orang. Walaupun program ini telah ditutup permohonan pada tahun 2018, namun manfaat semasa tetap diterima oleh ahli seperti pemberian RM1,500.00 pada umur 18 tahun, khairat kematian sehingga RM1,500.00 serta program anjuran YAWAS kepada ahli seperti pemberian barangan persekolahan Tahun 1.
Syarat-syarat kelayakan bagi sesuatu program atau insentif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri adalah berbeza dan bagi mengekalkan syarat-syarat kelayakan seperti program TAWAS adalah tertakluk kepada Agensi Pelaksana Program masing-masing. Namun, sekiranya terdapat keperluan atau justifikasi kukuh pada sebarang situasi yang mana tidak dapat mematuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan sepenuhnya dalam sesuatu program atau insentif, ianya di atas budi bicara dan keperihatinan ahli DUN untuk menyokong atau meluluskan permohonan tersebut dan perlu untuk memaklumkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap bagi Program tersebut.