Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
84) PROGRAM IBU TUNGGAL
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Program Ibu Tunggal amatlah baik jika kita tadbir-urus dengan sempurna. Masih terdapat ramai lagi ibu tunggal yang belum dibela. Apakah program-program yang telah dan akan dilancarkan?
Semua program-program berkaitan wanita terutamanya untuk ibu tunggal dirancang dan
diselaraskan oleh Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita yang dipengerusikan oleh Y.B
Exco Hal Ehwal Wanita. Program-program yang tersebut dirancang untuk memberi
pendedahan serta peluang kepada kumpulan sasaran supaya mereka lebih berdikari
seterusnya dapat menjana pendapatan mereka sendiri. Di samping itu, programprogram tersebut dilaksanakan bertujuan untuk memberi motivasi kepada ibu-ibu
tunggal dan juga meningkatkan keyakinan diri sendiri. Berikut adalah program-program
yang dirancang di bawah Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita:
Bil Perkara Objektif
Kumpulan
Sasaran
1. Kursus Kemahiran
Jahitan dan Sulaman
Manik
Memberi peluang untuk
menambah kemahiran
menjahit yang bersesuaian
untuk dijadikan sebagai
sumber pendapatan
tambahan
Wanita suri
rumah dan ibu
tunggal.
2. Seminar Kesihatan
Keluarga dan Wanita
Sebagai platform
akademik kepada kaum
wanita untuk mendalami
perkara berkaitan
kesihatan keluarga dan
masyarakat
Kaum
keluarga dan
wanita
3. Mini Expo Usahawan
Wanita
Membantu kaum wanita
yang memiliki perniagaan
sendiri untuk memasarkan
produk masing-masing
Wanita dan
Ibu Tunggal
4. Program Kesedaran
Teknologi Maklumat di
Kalangan Wanita
Memupuk semangat untuk
mempelajari pengetahuan
teknologi maklumat yang
moden
Wanita suri
rumah dan Ibu
Tunggal
5. Pusat Komuniti Wanita Menggalakkan wanita suri
rumah dan ibu tunggal
untuk berkumpul dan
menjalankan aktiviti
ekonomi serta berkongsi
pengalaman dan masalah.
Wanita suri
rumah dan ibu
tunggal
6. Program Sambutan
Perayaan Bersama Ibu
Tunggal
Program turun padang Y.B
Exco bertemu dengan ibu
tunggal.
Ibu Tunggal -
Bagaimanakah dengan pendaftaran mereka?
Sehingga 25 Oktober 2009, jumlah ibu tunggal yang mendaftar dengan Kerajaan Negeri
melalui Portal E-bu.org adalah seramai 19,795 orang. Pendaftaran ini boleh dibuat
dengan pelbagai acara, antaranya:-
1) Melalui Portal E-bu.org secara online
2) Di Pejabat Daerah
3) Di Pejabat Khidmat DUN
4) Di Pusat Zakat -
Berapa ramaikah yang telah mendapat faedah melalui Program Ibu Tunggal sehingga kini?
Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa program-program dan bantuan bagi
membantu mereka yang miskin terutamanya golongan ibu tunggal. Berikut adalah
bantuan yang telah diberikan kepada ibu-ibu tunggal di Selangor:
1) Program Kerajaan Prihatin – Bantuan dalam bentuk baik pulih rumah dan bina baru
untuk mereka yang layak.
Perkara 2008 2009 Jumlah
Bina Baru 31 56 87
Baik Pulih 34 45 79
Jumlah 65 101 166
2) Blueprint Kemiskinan – Bantuan dalam bentuk peralatan kepada mereka yang ingin
melakukan perusahaan sendiri seperti makanan, kraf tangan dan juga menjahit:
Tahun 2008 = 25 Penerima
Tahun 2009 = 72 penerima
3) Dana Usahawan Ibu Tunggal ( 2008) – 40 Penerima ( RM 5000 setiap sorang dalam
bentuk bantuan peralatan)
4) Kursus Jahitan dan Sulaman- Kursus Kemahiran Jangka Pendek
• 3 kursus ( 90 orang peserta ibu tunggal)